Saturday, 16 August 2014

Nostalgia Asam Keping

Ironinya kelmarin aku dan housemates berjimba2 berpeleseran menghabiskan saki baki duit beli hadiah. Berlagak kan main sampai chekmet poket dan seluar. Yang sebenarnya hari ni pergi pasar pinjam duit anak. Syyyhhh....

Hari ni aktivitiku sangat best dan memberi kepuasan jiwa serta menyerlahkan sifat kekampunganku. Memang aku suka sangat melestarikan unsur tradisional dalam hidup seharian. Taraaa....aktiviti memproses asam keping sendiri.

***gambo tunggang terbalik. Susah nak edit pakai phone. Kena buka leptop karang.
Ini namanya asam gelugur. Nampak macam buah labu cinderella. Rasanya tentu2 lah masam tapi aku tak rasa pon. Bijinya kuning dan manis2 masam dan boleh dimakan. Sedap tapi jangan makan lebih 3 ulas nanti perut jadi mual ( pengalaman aku... )
Mula2 belah dan hiris jangan nipis sangat. Macam yang kita beli kat pasar tu nipis kurang syok kena bubuh banyak dalam masakan. Singgang terutamanya. Cewah macam mahir. Sebenarnya aku pernah tengok orang proses asam ni masa zaman kecik2 dulu. Tu pun sekali saja.
Pas tu masukkan dalam besen. Kalau boleh yang berwarna biru supaya kontras. Ha...ha.
 Kaki jurugambar pon enterprem ka..
Setelah selesai, jemur bawah terik mentari supaya cepat kering. Makanya kami suomi isteri pon menjemurlah kepala bawah panas tu. Rasa macam nak pitam. Terkenangkan orang yang mengusahakan ikan kering dan keropok keping yang terpaksa berpanas setiap hari untuk mencari rezeki. Insap.

Yang cik asam jemur teratur tu aku susun...yang selerak tu aboh. Aboh siap mengata aku sebab atur. Lambat katanya.
Tau kenapa hari ni aku tetiba bak buat asam sendiri sedang selama ni beli saja. Alkisahnya raya baru ni aku nampak asam keping yang belum kering atas lambur (anjung) rumah mentua. Kendiannya rasa teringin sesangat nak coba buat sendiri. Aku rasa hanya aku satu2nya penjawat awam yang kuasa nak bikin asam sendiri.... paling tidakpon di daerah haqu. Wahaha. Kalau menjadi, lepas ni boleh buka bisnes snek asam keping berperasa keju. Class kau maria!. Kalau kakak ada lagi best biar dia rasa pengalaman nostalgik ni bersama ibunya.

Tapi...baru jemur sekejap, dalam panas dering ring tu hujan turun. Alahai lambat lagilah nak kering my asam.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
che dai said...

Assalamualaikum...beli kat pasar minggu. Sekarang ni bukan musim dah.

che dai said...

Ter remove plk. Sori tak sengaja.