Friday, 15 August 2014

Sarapan Pagi Jumaat

Hai...selamat hari Jumaat. Ingat karang pergi solat Jumaat tu. Macam biasa pagi cuti begini mesti rileks2 lebih sikit. Layan badan bermalas-malasan. Ye la...memang malas pun.

Encik Aboh dah keluar...bukan cari makanan untuk kita orang pon, ada latihan bola katanya. Bila rasa lapar, tengok sudah ada air teh sejug atas meja. Bagus, suomi misali. Pas tu makan je apa yang ada. Of course lah kuie2 raya yang tak sedap tu...
contoh...
 Kacang bersalut. Hmm sedap. Tapi aku makan yang dalam bekas, kacang aku kehek (buang) dalam pinggan tu... kerna aku tak berapa suka kacang. Tiba2 datang si awang tu terus makan kacang....ha..ha... lain kali tanya dulu jangan main sambar jer. Tapi tak per lah bekas emak kan... dalam kelat dan keterpaksaan dia telan. Macam tak biasa.

Tahun lepas sedap tart ni...kali ni kureng sangat. Nyesal.

Tiba2 dengar enjin kereta masuk. Ehhh aboh sudah balik rupanya. Kejapnya masa.

Jeng..jeng, aboh menjinjing plastik rok rak.Hmmm nasi lemak. Tima kacih darling. Apa lagi nyum nyum sambil tersenyum.

No comments: