Sunday, 31 August 2014

Cus Cus Kereta Api

Sudah lama aku teringin naik kereta lipan ni. Selama ni pernah tertengok relnya saja. Bagaimanalah rasanya naik kereta api. Maniskah...masamkah...selesakah atau berbagai2 kah lagi. Hari ni aboh melayan kehendak dan impianku...( memang aboh sentiasa ok saja pabila diajak ke mana2.... kecuali ke Mundok).

Tinggal kereta kat paking KTMB Tanah Merah. Ambik tiket ke Wakaf Bharu supaya boleh berlelama sikit dalam tren. Tiket RM10 dewasa dan RM9.00 untuk kanak2. Mahal? sebab tren biasa sudah pergi. Yang ada tren ekspress dari JB. Okaylah janji dapat naik lagipun tak tahu harga sebenar.

 Kereta api asal kot. Cantik warna warni macam bunga raya. Sesuai....merdeka...merdeka.
 Suker. Kasihan abang yang tak dapat menyertai. Abang kan sudah pernah naik cus cus dengan Yoh Su. Nanti besar bawa umi dan aboh naik tube xpress pulak deh wahai anak-anak budiman.
 Dalam tren biasa ada orang berjualan jajan2 dan mangga gula. Bolehlah beli sebab penjualnya ramah tamah... kepada bebudak lebih2 lagi. Teringat tentang x-mak saudara yang diceritakan digilis tren ketika tergesa2 turun dari berjualan kerana tren mula bergerak. Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Akupun tak sempat kenal beliau.
 Tiket2.... sila keluarkan tiket anda cepat2 untuk diperiksa. Saper2 yang tak beli tiket atau hilang... akan dicaj 2 kali ganda. Rugii....
Amboi thriller gitu. Berani2 nya kau orang posing kat relway. Tak hingat cerita Tamil? Ramai yang habis nyawa kat situ. He..he... cus cus dah lepas meninggalkan kita kan. Takut apanya. Wah2 arivah beti he. Apapun berhati-hati bertambah mutu.
 Nak tau kenapa naik teksi pulak?? Turun cus cus kat stesen Wakaf Bharu terus naik teksi balik ke Pasir Mas. Motip supaya tak lama menunggu... lagipon kat Pasir Mas ada pasar nat. Harus diziarahi dan dibeli barang2 dagangan jika perlu.
Stesen PM. Kerusi batu tu ada tulis sumbangan Dato Him. Aku faham Datuk Ibrahim Ali la tu. Best kan kalau jadi orang berduit... nak buat sumbangan dan amal jariah senang. Aku mengira2 betapa banyak yang beliau dapat. Mudah-mudahan.

No comments: