terminal Jeti ke Pulau Pangkor. Tambang feri RM10 dewasa dan separuh harga kanak2. Makanya kami terebanglah RM45.00. Oh ya, itu tambang pergi dan balik pada bila-bila masa untuk sekali okay.
besiap siaga ke Pulau Pangkor. Tak sabar nak berenang-renang persis ikan paus biru. ha..ha.
kena beratur dulu deh, jangan potong barisan. Ni kan musim cuti sekolah ramai orang ambil kesempatan bawa keluarga bercuti @ Cuti Malaya, bagus. Tambahan pulak hari Sabtu, waktu puncaklah. Harga bilik pun mencanak tinggi. Tapi kan, ada jugak yang buat2 cakap kuat-kuat di telefon sebagai siren ambulans sambil heret beg ke depan, konon tak sedar. Licik.
Dalam setengah jam dilambung ombak asmara, sampailah kita di Pulau Pangkor. Oh bahagia... Feri akan singgah sekali di Sungai Pinang ( kalo tak silap haku ) untuk turun dan ambik penumpang. Jangan turun kat sini dulu sebab hotel kita di PP. Kalau tak pasti sila ringankan mulut bertanya ya. Kan tak pasal2 nyanyi lagu Pokok Hazama...
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
keluar jeti, ramai penyewa kereta yang menawarkan kereta masing2. Kalau naik van pink tu tambang danlam 20 hinggit ke hotel. Pemandu akan menawarkan pakej round2 PP dengan harga 70 atau 80 hinggit. Boleh pilih mana2 suka. Aku pilih menyewa RM80 sehari. Kereta Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas ( ikut pengalaman aku yang juga pandu kereta ni yang andalusia jugak).Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
mulanya dia ni nak beri kereta Proton Saga lama tu, kalau nak Wira auto kena up sapuloh hinggit. Huk aloh... ambik jelah aboh, saga pun sagalah bukannya nak beli. Akhirnya dia beri jugak wira tu kerana kasihan katanya. Aku rasa saja2 nak tes je tu. Biasalah tempat tumpuan sedunia kan. Bagi aku jangan cerewet sebab wang amat berharga walo sepuluh riyal. Kalau nak selesa duduk kat rumah, kakipon tak capet. Dok gitu anak-anakku?.... sapa setuju senyummm.
No comments:
Post a Comment