Kalau datang Perak mesti laporkan diri kat Menara Condong ni. sebabnya kalau nak ke Menara Pisa tu bagaikan mustahil bagiku. Ketinggiannya 25 meter. Dibina sebagai tempat menyimpan air pada zaman British dahulu kala. Begitulah sereba ringkas, nak tahu dengan lanjut-lanjut sila rujuk ensaiklopedia...wikipedia...hypermedia dan sebagainya dia lagi. Masing-masing pakai baju baharu Pulau Pangkor, 10 hinggit selai. Sila abaikan lagak ngeri si baju kuning tu. Tak fotogenik langsung.
Kebetulan adalah pulak Pameran Barang-barang Antik. Kat belakang tu adalah mesin getah. pernah guna masa kecik2 dulu. Macam mesin kisar air tebu. Kalau termasuk tangan boleh jadi lempeng siap lekat bunga lagi.
Penyanyi ni pun antik. Amboi...ligat menyanyi dan menari lagu Gadis Melayu tu. Hati2 Pak Ali. Apapun, suara power cam Jamal Abdillah.
dari tingkat atas bolehlah meninjau alam sekeliling. Saper yang berangan jadi polis peninjau atau pengawal udara cepat2 cuba kat sini. Manalah tahu, kot-kot gayat.
Lawatan ke Teluk Intan mesti berlalu dengan pantas dan cergas sekali. Pokoknya, sudah jam 5.30 petang, kami belum bertolak pulang lagi ke Terengganu. Tak molah lewat sangat masuk hiway Jerangau Jabor. Tatukkk....
No comments:
Post a Comment