Friday, 20 December 2013

Cuti Bajet Lagi

Cuti sekolah dah sampai ke paras merah. Dalam sepuluh hari lagi bermulalah episod baharu. Setakat ini cuti bebudak tu hanya melakukan rutin yang telah diwajibkan saja. Tau...mesti mereka bosan jugakkan. Kasihan.... akhirnya aku sebagai dalang utama  terpaksa  merancang aktiviti spontan  Seperti biasalah; percutian bajet.

Setelah bersiap siaga, malamnya aku tak dapat tidur pulak, asyik rasa tak sedap hati jer. Ya Allah.
Esoknya pula hujan renyai2...lagilah rasa nak kensel, abahnya aka pegawai pelaksana pulak nampak kurang sihat. So?... misi diteruskan jugak. ha..

Rancangnya dalam pukul enam pagi, kami nak gerak tapi terbabas jugak. Perjalanan ambil masa lebih kurang 7 jam campur ngan berenti2. Akhirnya kami sampai ke sini... sedang moleknya untuk check in hotel. Wah... terus teruja.

Setelah menempuh hari hujan dan mendung. 
Akhirnya awan gemawan yang cantik menanti kami...
  Nak ke mana ni... belok kanan lah abah. Kita kan nak test suhu samada  masih dingin atau tidak.
taraa... setelah edisi siasat berjalan, rupanya Country Lodge bersembunyi di belakang Balai Bomba ropanya. Resepsyenis tu bagitau bahawa bilik aku ni bawah tanah. Tak ada view sebab bila buka tingkap terus nampak benteng tanah. Kalau nak upgred kena tambah RM40, dapatlah bilik ada balkoni. Huk aloh... tak payah view2... aku nak tidur je. Lagipun nampak tanahlah ada insaf sikit. Masuk bilik tak berapa puas hati... harga taklah murah sangat, RM222 plus lagi 6 peratus.

Sebab apa pilih hotel ni? 
1. dekat dengan pasar malam. Jalan kaki ajer boleh pergi beli baju, makanan, buah dll. Jangan lupa kincan, asparagus dan macam2 sayur celup tepung. Terbaik.
2. dekat dengan Restoran Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Sedap tapi punyalah ramai orang sampai kena tunggu meja. Agak pelik terjadi kepada kami sebab lauk pauk sampai dulu sebelum nasi. Minum air perasa sayur dan cili sebab gelas berbau. Namun boleh telan jer sambil tahan napas.
3. boleh beli barang2 keperluan sebab dekat dengan kedai runcit TUKAR dan Guardian.
4. Beberapa langkah saja ke KFC, berita baik kepada penggemar dan penyokong.
5. Sebab hotel lain dah penuh...

No comments: