Friday, 20 April 2012

Celoteh Seorang Teman yang Pergi

Aku kenal dia nih semasa aku menghadiri kursus2. Selalu jumpa menyebabkan dia baik denganku. Pada suatu hari, aku bertemu dia lagi. Peliknya....

dia beritahu bahawa dia sengaja turun ke kawasan rumah aku untuk turn kereta. Padahal banyak lagi kawasan yang lapang. Tapi, beria2 sungguh dia memuji tentang pagar rumah aku yang didakwanya sangat cantik dan kreatif... penuh mulut dia memuji2 hinggakan aku naik heran tersangat.... apa yang cantiknya?? biasak jer... naik malu lah pulak. Kot2 dia tersalah rumah? tapi takkan lah sebab dia kenal rumah aku. ayo yo kawan!!

Cerita tu habis di situ, tak der lah  aku naik kembang kuncup dek pujiannya itu. Aku anggap dia terlebih2 bergurau sebab lama tak jumpa aku yang baik ning.... he.



bila berkisah tentang pagar,maka
mengingatkan aku kepadanya. 


Dalam seminggu lebih kemudian, aku dengar satu berita mengejutkan, menyebabkan aku terkedu.

Ya Allah, dia telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya semasa pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah asrama. Innalillahi wainna ilaihirajiuun... ku hadiahkan al-Fatihah buatmu teman.

Berjumpa tak selalu, tapi pabila berjumpa umpama kenal seribu tahun.




No comments: