Friday, 20 April 2012

Bersahabat Dengan Puteri Bunian

Sekarang ni televisyen selalu mengupas tentang alam mistik. Asyik2 certia hantu, pocong dan aneka hantu buatan manusia lagi. Hinggakan anak2 pon dah tak heran tentang hantu2 lagi. Aku pon tumpang sekaki untuk mensensasikan tentang makhluk halus nih. He..

Sebenarnya, isu niss sukar untuk dibuktikan. Aku pernah kenal dengan sesorang yang mendakwa didampingi puteri bunian. Akhirnya dia jadi bomoh, mengubat orang yang terkena sihir. Pabila dimasuki bunian, dia tiba2 bercakap dialek Indonesia sambil mata tertutup rapat.

Pun aku tak pernah menengok dia berbomoh pawang tuh... yang pastinya di rumahnya ada satu bilik yang bertabir, berlangsir dan bercadarkan kain kuning.... cam biasak kita tonton dalam drama melayu tuh.

Hubungan silaturahim mereka punya lah baik persahabatan sehingga sang bunian itu dibawa ke mana-mana. Ke kedai makan pun ada... mesti sediakan kerusi kosong untuknya.

Diceritakan jugak yang puteri bunian tuss siap minta resepi untuk membuat pulut kuning. Ajaibnya, bunian itu menghantar jugak pulut kuning untuk dirasai sahabatnya itu. Macam mana dia hantar tuh??? heh... gini, tanpa dimaklum...  tiber2 aje pulut kuning tu ada dalam bilik, siap atas dulang par lagik... Ironinya, aku juga sempat merasa barang secubit. Panas2 lagi... rasanya? boleh tahan tapi kurang lemak sikit. Bagus ah si bunian tu, tahu jaga kesihatannn.




Selalin tu, mereka juga saling memberi dan menerima hadiah. Pada musim durian, rakan manusia kirimkan durian. Dibalas oleh sang bunian dengan pelbagai batu permata.

Masa berlalu, kini kenalanku itu tidak lagi didampingi bunian. Apa sebabnya, aku tak tahu. Mungkin dibuang, atau mungkin si bunian dah jumpa sahabat baru yang lebih ganteng... Allahuallam.


No comments: