Akak?? Sempena nak menghantar abang ke UITM Perak untuk buat diplomanya... akak sebagai perancang bandar dan wilayah autonomi... hihi merapu.. membuat perancangan untuk:
1. Berjimba sukaria di Floria Putrajaya tuh... lama sudah aku mengidam. Kali ni insya-Allah.
2. Ke Perak secara rasmi
3. Terus berpeleseran ke Perlis Indera Kayangan... harap mangga harumanis tu menantiku dengan senyumannn.
Floria
Sewa homestay bajet kat Bangi RM170 dua malam. Selesa untuk kami 5 beranak.
Mesti berganbar2 kat trademark ni. Petang kelmarin sudah datang sini tapi ronda2 kat luar ajer. Tiket masuk rm3 dan seringgit untuk kanak2 riang. Berbaloi-baloi si ikan kaloi.
Banyak sangat munga2 yang cantik menarik. Rasa nak letak semua gegambar...
Lagi dalam hati ada taman.
No comments:
Post a Comment