Thursday, 11 June 2015

Buat Rendang Kali Pertamanya... leceh jugak

Sudah lama teringin ringin nak masak rendang. Tak sabar2 nak tunggu hari Rabu. Sebab kat sini boleh dapat daging segar hanya pada hari nat yaitu Rabu dan Sabtu. Tau apa itu hari nat?... maknanya hari giliran di mana ramai peniaga dan penjaja yang buka kedai atau bentang tikar. Maka banyaklah sayur2 kampung yang fresh sresh tu. Sukaaa...

Sesungguhnya kelmarin tu aku bersiap seawal2nya redi nak ke pasar. Alih2 hanya sorangnya penjual daging yang ada. Tapi aku dan asben mesti beli daging dengan penjual peberet. Tak boleh orang lain kalau di situ?... ngape eh... misteriii..

Maka kepala ligat cari idea. Asben cadang ke pasar Bukit Payong. Hoho... jauh tu. Tapi misi mesti diteruskan seperti menunaikan kehendak orang mengidam-ngidam. Tak kira la apa nak fitnahkan asal aku dapat daging sekilo hari ni jugakkkk. Akhirnya dapat... hehe..tq.. tq.
 Gumbiralah sangat tika memasak wei... harap menjadi dan jadi kesukaan ahli rumah ni la ye.
 Tapi memandangkan banyak benda baru nak sediakan seperti nyiur gula tu... mana nak goreng tanpa minyak... dengan api perlahan... kena balik2 selalu.... lambat oi. Lastnya kena blend hingga terbit minyaknya. Part ni paling leceh sebab tiba2 my blender tak berapa layak nak dipanggil blender agaknya. Takkk terkisar kelapanya secara serata... mana nak keluo minyak. Kluo peluh adaa... tapi banyakkan istighfar nya.
 Hirislah daun kunyit ni untuk bangkitkan arima rendang sejati.
Ni sudah hampir masak. Suspen... sedap ke idok ni ei... dek kerana lama berdiri tak ingatlah aku nak snap gambor aksi dalam pinggan. Terus ngap. Hmmm... berbaloi2. Adik kata sedap ngat rendang. Ngeh... ngeh seratus kali. Terima kasih anakku. Keseluruhan masa diambil rasanya mencapai separuh hari kot!! Ambo over tu kan...

Resepi ni aku jumpa dalam belog che ta, intai juga dapur azie dan azlita. Nanti aku linkkan ni pakai enfon jadi susah banget. Terima kasih daun keladi gajah. Resepi campur2 ambik yang senang senang ajer.
Resepi ni aku tulis dalam versi ubah suai selepas masak untuk rujukanku pada hari2 nan mendatang.

1 kg daging
2 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 senduk besar cili kering kisar
1 kiub ayam
1/2 kg santan pekat
4 sudu makan nyiur gula/kerisik
5 batang serai dikisar
Halia
Manisan
Gula
2 kpg asam
2 helai daun kunyit dihiris halus
.................................



No comments: