Sajer buat tajuk gitu supaya aku dapat membezakan respi lama dengan resepi yang baharu. Hai... orang buat ketupat lemang pada hari raya, aku bikin tepung pelita. Iyer... memandangkan daging korban lambat lagi sampai ke rumah, makanya aku ada banyak masa pagi2 ni. Apa lagi bikin kuih tradisional pujaan ramai la.
1. Air gula
5 -6 sudu gula
sedikit air
* masak hingga agak pekat.
2. Lapis hijau
10 helai daun pandai dikisar dengan secawan air
1 senduk nasi gula
Sesudu teh garam kasar
1 cawan tepung beras
Secubit kapur
3 cawan air lagi
* kisar semuanya dan tapis.
Masak atas api perlahan hingga warna jadi cemerlang.
3. Lapis putih
setengah cawan tepung beras
sekotak kecil santan
secubit garam
3 cawan air
**dikisar semuanya dan tapis.
masak atas api perlahan.
perlu diingatkan bahawa memasak tepung pelita hendaklah dilakukan secara rally tanpa henti supaya adunan kekal cantik dan mantap. Adunanan ni bisa menghasilkan 12 bekas tu.
Untuk makluman dan ingatanku sendiri... aku masak kedua2 lapisan serentak kerana kebetulan adik iparku datang. Yezzz...gunakan tenaga dia.
Hasilnya siapa yang makan akan memuji2 motip nak tambah lagi. Sedaaapppp.
2 comments:
wah, siap lengkap dgn resepi...
Bahan2 mcm semua dah ada kat dapur, ada masa nak cuba masak... Tq for the recipe :)
Sila sila. Tq.
Post a Comment