Sehari dua ni orang duk rancak berbincang tentang kenaikan harga minyak Ron 95. Dari RM2.10 kepada RM2.30. Naik 20 sen. Nampak remeh temeh tapi sangat terkesan kemudiannya. Kerana ia akan berantai-rantai kepada kenaikan segala barang keperluan dan pengangkutan awam. Dalam bab naik menaik minyak ni aku sokong sangat kaedah Tun M.
Reaksi 1
Yang hangat berbincang dan bersembang tu ialah orang yang ada tepon pintar dengan internet lagi. Maknanya.... canggih manggih dan duit banyak untuk layan napsu. Itu belum tengok lagi gajet lain... ipad... hanbag jenama high taste. Mereka inilah yang kononnya prihatin tolong buat bising.
Reaksi 2
Marhaen yang sebenar-benar terkesan hanya mampu mengeluh di warung kopi, di laman jiran. Nak tak hendak pon hidup perlu diteruskan. Lebih kepada reda. Makanya yang di atas tu ringan2 kan tangan menderma dan bersedekah kepada golongan yang tidak mampu.
Reaksi 3
Aku? Apa aku nak kata. Penjawat awam hanya harap ihsan kerajaan untuk naikkan gaji atau bagi bonus. Tapikan sembang tu sembang jugak... Allah swt jua yang melapangkan dan menentukan rezeki kita walau bagaimana pon situasi. Allahuallam.
No comments:
Post a Comment