Raya ni biasanya aku tak sempat berpakaian cantik... cantik sangat ke selama ni..hehe. Ini kerana aku mesti bertugas memasak daging korban untuk makan tengah hari. Terkadang tu petang barulah masak. Sebab... lembu mendapat giliran terakhir untuk dikorbankan. Usai masak sedar2 jam sudah ke petang perginya.
Tak semestinya aku yang masuk bahagian... gilir2 kami suami isteri. Banyak kalinya emak dan adik. Namun aku tetap chef de mishon. Ala... masak kampung2 ajer namun kebesan dan manisnya daging segar sungguh terasa nikmat. Syukur alhamdulillah. Semoga kami terus dimurahkan rezeki.
Banyak tahun jugak aku cuba memperuntukkan duit upahku untuk meraikan ibadat korban. Namun banyak kali jugak aku mencurinya secara selamba. Terpaksa. Justeru, aku malas lah nak berbuat begitu lagi dek kerana tidak ada disiplin. Kalau zaman sekolah sah2 kena rotan sebab langgar akta dan peraturan. Hehe.
Kini aku pejam mata lah sebahagian gaji kalau nak ambik bahagian. Lepas tu... pandai2 lah yang penting ikhlas dan reda. Sebenarnya hati tenang apabila selesai daging2 korban diagih-agihkan.
Merapu meraban pulak aku ni.... nawaitu sebenar nak catat ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha.
Mesej cantik ni boss yang wasapkan.
No comments:
Post a Comment