Sudah lama aku teringin naik kereta lipan ni. Selama ni pernah tertengok relnya saja. Bagaimanalah rasanya naik kereta api. Maniskah...masamkah...selesakah atau berbagai2 kah lagi. Hari ni aboh melayan kehendak dan impianku...( memang aboh sentiasa ok saja pabila diajak ke mana2.... kecuali ke Mundok).
Tinggal kereta kat paking KTMB Tanah Merah. Ambik tiket ke Wakaf Bharu supaya boleh berlelama sikit dalam tren. Tiket RM10 dewasa dan RM9.00 untuk kanak2. Mahal? sebab tren biasa sudah pergi. Yang ada tren ekspress dari JB. Okaylah janji dapat naik lagipun tak tahu harga sebenar.
Kereta api asal kot. Cantik warna warni macam bunga raya. Sesuai....merdeka...merdeka.
Suker. Kasihan abang yang tak dapat menyertai. Abang kan sudah pernah naik cus cus dengan Yoh Su. Nanti besar bawa umi dan aboh naik tube xpress pulak deh wahai anak-anak budiman.
Dalam tren biasa ada orang berjualan jajan2 dan mangga gula. Bolehlah beli sebab penjualnya ramah tamah... kepada bebudak lebih2 lagi. Teringat tentang x-mak saudara yang diceritakan digilis tren ketika tergesa2 turun dari berjualan kerana tren mula bergerak. Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Akupun tak sempat kenal beliau.
Tiket2.... sila keluarkan tiket anda cepat2 untuk diperiksa. Saper2 yang tak beli tiket atau hilang... akan dicaj 2 kali ganda. Rugii....
Amboi thriller gitu. Berani2 nya kau orang posing kat relway. Tak hingat cerita Tamil? Ramai yang habis nyawa kat situ. He..he... cus cus dah lepas meninggalkan kita kan. Takut apanya. Wah2 arivah beti he. Apapun berhati-hati bertambah mutu.
Nak tau kenapa naik teksi pulak?? Turun cus cus kat stesen Wakaf Bharu terus naik teksi balik ke Pasir Mas. Motip supaya tak lama menunggu... lagipon kat Pasir Mas ada pasar nat. Harus diziarahi dan dibeli barang2 dagangan jika perlu.
Stesen PM. Kerusi batu tu ada tulis sumbangan Dato Him. Aku faham Datuk Ibrahim Ali la tu. Best kan kalau jadi orang berduit... nak buat sumbangan dan amal jariah senang. Aku mengira2 betapa banyak yang beliau dapat. Mudah-mudahan.
Sunday, 31 August 2014
Santai@ Cerana Villa Resort
Hajatnya nak rilek gedik santai kat Tok Bali tetapi disebabkan tiada datuk dan nenekku di situ terpaksa aku batalkan sebab tiada bilik nak tidur. Nampaknya fullhouse sebab semua orang cuti panjang. Lagipun sudah namanya Tok Bali bukannya tok kita. Namun nak kata batalkan hasrat hati kerna itu.... taklah jugak. Apa kata kita berehat-rehat di Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar.
Jam sebelas lebih bertolak dari rumah. Sebenarnya susah jugak dan cari tempat ni memandangkan lokasinya tercatat di Pantai Irama/ Kota Bharu. Aku setkan gps ke Pantai Irama... tak jumpa. Kutanyakan pada adik yang menjual etok salai di tepi jalan...macam terkejut dia padahal aku sehabis berhemah bertanya. Tak tahu rupanya...mujurlah ada mak cik yang tahu. Wah...mak cik banyak pengetahuan am tentang resort2 ni padahal punyalah banyak resort yang ada di sekitar tu. Kelas kau gayahh.. terima kasih. Kubeli jugak etok salai tu... sedap! Budak2 tupun suka tapi tak pandai buka...( ada ke dibuka dengan kuku macam kerang...kui kui tunggulah sampai jadi tangkupan perahu ye anak2...)
Muka depan. Nampak cantik jer. O ya...resepsyen bukan di sini lahirnya cinta deh... kat depan lagi. Boleh bawa kenderaan dan parking betui2 depan bilik. Tak perlu susah payah cam aku yang mengusung barang seperti orang nak pindah rumah.
Punggung resort. Aku parking kereta dekat restoran yang menghubungkan ke bilik...jalan punya jalan tepi sungai ni... nampak banyak tanah longgok2... adik kata tahi lembu tapi aboh kata taik ketam. Hamboi beso benor!! Tu baru taiknya tak tengok lagi punggungnya dan tuannya....
pas tu jumpa bilik aku terakhir sekali 6 Delima... buka2 punya buka tak boleh2 pulak... laaaarrr...rupanya pintu belakang. Yang cik minoh tadi tak beritau pun ni jalan belakang... tak kesian langsung kat aku anak beranak yang membawa segala alat dan berjalan kaki ke bilik...hu..hu
Ni rupa kat dalam. Seingat aku, cadar nilah yang ada dalam gambar iklan agoda. Sehingga kini pun ada lagi?? Huh...imagin lah sendiri akan keburukan dan kelusuhannya. Ngeh...
View tepi muara. Cantek tertarik. Kalau ada joran silakan lempar meski ada tertulis... dilarang memancing. Ada aku kisah kan. Mau tak meleleh liur tengok air kuala ni.
Segala yang tradisional ada. Cantik2... tempayan antik pun ada merata tempat. Alahai my idaman. Jelez.
Lagi koleksi antik... pengisar beras dan batu penggiling. Mana cerananya encik??? Kata villa cerana.
Apapun okaylah duduk kat sini. Ala bukan nak menikmati prasarana sangatkan. Cam aku lepas chek in terus merayau.... balik malam terus berdengkur kroh...kroh. Hanguslah bayaran RM100 hinggit. Bolehlah...
Aku nak catat sedikit infolah kepada sesiapa yang berhajat nak ke sini atau yang terbook ngan agoda atau booking.com...
1. Dari pantai Irama terus ke Tawang serta terus ke Kota Bharu. Lepas jumpa Balai Polis Tawang tu aku anggar dalam 5 km. Kalau salah pon salahlah. Makanya sila drive kereta seperti baru belajar ye supaya tidak terlepas... letaknya sebelah kanan.
2. Ada restoran Azie Nasi Kukus letaknya betul2 depan Balai Polis Tawang. Katanya banyak pilihan lauk... tapi aku tak sempat rasa sebab tutup hari Jumaat.
3. Villa ni ada restoran terapung di atas air. Tapi aku tak makan kat sini tau...
4. Terakhirnya nasihat berguna aku bawalah tuala sendiri ye.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!
Salam Merdeka yang ke 57. Suatu angka yang melambangkan kestabilan bagi seseorang insan. Namun bagi sesbuah negara yang pernah dijajah lebih 500 tahun, bukan senang nak mengikis segala saki baki propaganda yang mengagungkan orang putih dan Barat sebagai simbol kemajuan, kejayaan dan kehebatan. Uhh...
Namun kita perlu berbangga kerana dalam tempoh singkat itu kita sedikit demi sedikit bangkit dan cuba membina jati diri agar berdiri sama tinggi dengan bangsa penjajah. Aku percaya dengan barisan pemimpin yang mantap dan sentiasa bernawaitu menuju hala yang betul....insya-Allah kita boleh maju dengan bentuk budaya kita sendiri. Wahh... macam serius jer aku kali ni...
Di sini lahirnya sebuah cinta
yang murni abadi sejati...akulah penyambung warisannnn...
eh...bukan lagu ni ropanya. Ramai yang salah sangka ngan tema tahun ni. Ingatkan lagu Sudirman... tapinya bait pertama ajer serupa. Ngapa pulak lagu ni yang sering dipromo lebih daripada lagu tema yang sebenar. Sudahlah lagunya bermusim, promosi kurang lagi pulak disaingi dengan lagu Warisan yang terbest begitu...
Apapon meh nyanyi sikit...okay.
di sini lahirnya sebuah cinta...cinta yang semarakkan cinta dan kasih kita....

Friday, 22 August 2014
Siput Sedut Lemak Berkrim Hari Ni
Hari ni ingat nak masak nasi kuning. Justeru berkobar2 lah semangat ke pasar Gong Pauh yang terkenal dengan hasil laut yang segar bugar. Tapi kadang kadang tak sihat jugaklah.
Awal2 lagi sudah sampai tapi cam biasa....kereta udah penuh. Makanya nak parking kena tunggu orang keluar. Rezeki aku tak payah pusing sudah ada yang sudah habis memborong. Pukul berapa sampai sini ye akak?....
Masuk jer ikut pasar basah terus aku disapa siput2 sedut sungai. Hmmm...lama tak makan. Satu plastik RM6.00. Boleh tahan mahai...
Nampaknya tak jadi menu asal. Nasi kuning jadi siput sedut lemak. Ok?....
Nilah rupawannya siput sedut sungai...
Biasanya kerja memotong punggung siput adalah tugas aboh. Tapi kali ni aboh sibuk memotong rumput yang sudah berbunga kemuncup di laman rumah. Nak tak nak terpaksa aku buat sendiri. Kena potong seekor demi seekor....memang kraftangan tahap eksklusif....hua ha. Tengok cara potong macam tak sempurna. Natijahnya pabila masak....sedut punyala sedut, payah nak keluar isi sampai habis oksigen rasanya. He...
Bubuh daun kaduk jugak. Ambik kat belajang rumah ajer tumbuh melata. Kena awas dan potong pendek supaya tak ada musuh yang bersembunyi....hati2 weh. Lepas ni kena mentenen lah agar tak merimbun.
Akhirnya berjayalah aku menghidangkan menu exotik ni kepada keluarga. Adik makan jugak sikit tapi dia kata tak suka piring otomatik yang ada pada siput. Ha..ha..ha.

Sunday, 17 August 2014
Alang2 Menyelam...
Sudah ada kat kampung untuk menziarahbTok Chik....alang2 menyelinap ke belakang umoh arwah tok.
Banyaknya pokok salak. Tumbuh sendiri berjangkit dari kebun sebelah. Burung punya peranan. Best kalu ada kebun gini. Buah jangan kata lar...sayangnya tak ada yang kisah nak mengambik. Yalah banyak nyamukkkk.... yang kat atas tu buah dokong. Manis dan saiz king.

Salam Abadi Tok Chik
Sedang sibuk bersiap ke tempat kerja, tiba2 dapat call daripada sil. Kalau tak penting tak ada calling2 time sibuk cam gini. Aku dimaklumkan tentang kepergian tok saudara ke Rahmatullah. Sakit tua.
Innalillahiwainna ilaihirojiun.
Aboh terus tepon pejabat untuk mohon cuti. Aku tak cuti...pergi kerja dan mohon keluar.
Beliau meninggal di rumah anaknya dan dikelilingi anak2 yang lain. Memang tok chik menjadi contoh ibu misali di kampung. Anaknya ramai dan semuanya berjaya...berbudi pekerti serta menjawat jawatan penting. Beliau juga guru mengaji bermula zaman muda lagi, masa itu mengajar percuma saja.... sesungguhnya banyak jasa beliau terhadap anak2 kampung.
Kusedekahkan bacaan Yasin buatnya. Semoga beliau aman damai di sana. Amin.

Saturday, 16 August 2014
Ngapa Ada Iklan Dalam Blog Aku Ni...
Sudah agak lama tak bukak laptop untuk update blog. Alih2 hari ni pabila dibuka ada pulak macam-macam iklan.
Ads by sense...bila masa aku daftar.
Gambar dah jadi berbingkai.
Alih2 muncul Zalora
Ni video pulak. Ingat ni blog penunggang kuda ke apa.
Sesetengah perkataan jadi warna biru. Ads by Save Pass. Macam-macam. Lepas ni kena godeh macamana cara nak nyahkan semua ni.

Nostalgia Asam Keping
Ironinya kelmarin aku dan housemates berjimba2 berpeleseran menghabiskan saki baki duit beli hadiah. Berlagak kan main sampai chekmet poket dan seluar. Yang sebenarnya hari ni pergi pasar pinjam duit anak. Syyyhhh....
Hari ni aktivitiku sangat best dan memberi kepuasan jiwa serta menyerlahkan sifat kekampunganku. Memang aku suka sangat melestarikan unsur tradisional dalam hidup seharian. Taraaa....aktiviti memproses asam keping sendiri.
***gambo tunggang terbalik. Susah nak edit pakai phone. Kena buka leptop karang.
Ini namanya asam gelugur. Nampak macam buah labu cinderella. Rasanya tentu2 lah masam tapi aku tak rasa pon. Bijinya kuning dan manis2 masam dan boleh dimakan. Sedap tapi jangan makan lebih 3 ulas nanti perut jadi mual ( pengalaman aku... )
Mula2 belah dan hiris jangan nipis sangat. Macam yang kita beli kat pasar tu nipis kurang syok kena bubuh banyak dalam masakan. Singgang terutamanya. Cewah macam mahir. Sebenarnya aku pernah tengok orang proses asam ni masa zaman kecik2 dulu. Tu pun sekali saja.
Pas tu masukkan dalam besen. Kalau boleh yang berwarna biru supaya kontras. Ha...ha.
Kaki jurugambar pon enterprem ka..
Setelah selesai, jemur bawah terik mentari supaya cepat kering. Makanya kami suomi isteri pon menjemurlah kepala bawah panas tu. Rasa macam nak pitam. Terkenangkan orang yang mengusahakan ikan kering dan keropok keping yang terpaksa berpanas setiap hari untuk mencari rezeki. Insap.
Yang cik asam jemur teratur tu aku susun...yang selerak tu aboh. Aboh siap mengata aku sebab atur. Lambat katanya.
Tau kenapa hari ni aku tetiba bak buat asam sendiri sedang selama ni beli saja. Alkisahnya raya baru ni aku nampak asam keping yang belum kering atas lambur (anjung) rumah mentua. Kendiannya rasa teringin sesangat nak coba buat sendiri. Aku rasa hanya aku satu2nya penjawat awam yang kuasa nak bikin asam sendiri.... paling tidakpon di daerah haqu. Wahaha. Kalau menjadi, lepas ni boleh buka bisnes snek asam keping berperasa keju. Class kau maria!. Kalau kakak ada lagi best biar dia rasa pengalaman nostalgik ni bersama ibunya.
Tapi...baru jemur sekejap, dalam panas dering ring tu hujan turun. Alahai lambat lagilah nak kering my asam.
Lawatan Tak Belajar @Kota Bharu
Lepas balik dari berlatih sukan, aboh pelawa kami kalau nak ke mana-mana. Kalau tidak, dia nak mesin rumput. Memang banyak bunga rumput@ kemuncup di laman hatta nak lalu pon kena angkat kain tinggi tinggi.
Teringat minyak wangiku dah habis. Sudah dua tiga hari rasa bau badan hangit hapak...ops.. melampau la tu. Seperti orang mengantuk teramat disorong bantal dan tilam....yesss!! ke Kota Bharulah. Sebenarnya bukan terdesak sangat pasal minyak wangi tu...sebab kalau tak sembur pon badan okey jer. Zaman dolu kala tak adanya sembur spray ni...pakai bedak talkum cuticura jer. He..he...saja jenis suka menjarah, mana reti tolak ofer baik. So...
Adik cepat mandi. Terpisat2lah kawan tu yang sedang syok tengok tv cerita kartun2 nya. Kalau diberi pilihan sama ada nak ikut ke tidak, nescaya dan percaya serta neraca...sohih dia pilih duk kat rumah melangut depan teve. Gitulah...sejak dua menjak ni hidup kami macam in prompt to... sesuka hati ajer.
Macam biasa faveret aku KB Mall. Motip? sebab senang jumpa dan segalanya ado.
Mula2 ambim gambar lot2 kedai ni supaya tak buang masa cari situ sini dan sana. Almaklum walo asal Kelate tapi tak besar serta menua kat sini. Jadinya aku sama jer ngan aboh....jalan2 sesat buah langsat. Tapi tak ada problem lah, harung saja. Memang sesuai darah aku dan aboh, satu jenis pakai redah satu lagi boleh ikut plus skima. Jalan oke.
Penat dik? Beli baju kerja aboh barang dua helai. Bosan jugak asyik pakai baju sama...kan aboh? Setuju la dia. Umi belanja. Pssst: beli yang diskon 50 peratus.
Ronda2 makan langsat...pusing keliling dua tiga kali nak keluar. Ada ke Cik GPS ni suruh aku masuk jalan sehala.
Ni hadiah untuk diri sendiri. Hajat dari rumah nak cari Lancome, tapi tak ada orang kat kaunter. Apalagi tes dan berlegar2. Macam tak berapa berkenan dan masih lagi kaunter kosong...terus ke kanter ni. Acu terai tes macam jenis2....menang suka bau ni.
Kalau dulu CK pakai kongsi dua orang, tak kisah ah bau wanita ke bau lelaki... kali ni hadiahkan satu untuk aboh jugak. Hadiah sebab terima kasih sebab tak berkira duit ngan keluarga. Aku lar tukang reka idea nak perabis gajinya yang sudah tinggal tak seberapa lepas potong itu ini begitu begini. Jangan salah paham...untuk keluarga bahagia. He..he..ha..ha.
Sebelum balik singgah ke Wakaf Che Yeh alang2 dah dekat. 4 kilometer jer dari bandar KB. Sampai kat situ hujan pulak turun tapi misi rayau tetap on the way. Lengang dan lenggang sawi ajer. Aik...mengapa tak ada orang, takkan tak balik masjid lagi....ke WCY tak beroperasi hari Jumaat?...tak tau aku akan kaedahnya. Akhirnya balik. Kul 11.00 sampai rumahku syorgaku. Alhamdulillah.
.

Friday, 15 August 2014
Sarapan Pagi Jumaat
Hai...selamat hari Jumaat. Ingat karang pergi solat Jumaat tu. Macam biasa pagi cuti begini mesti rileks2 lebih sikit. Layan badan bermalas-malasan. Ye la...memang malas pun.
Encik Aboh dah keluar...bukan cari makanan untuk kita orang pon, ada latihan bola katanya. Bila rasa lapar, tengok sudah ada air teh sejug atas meja. Bagus, suomi misali. Pas tu makan je apa yang ada. Of course lah kuie2 raya yang tak sedap tu...
contoh...
Kacang bersalut. Hmm sedap. Tapi aku makan yang dalam bekas, kacang aku kehek (buang) dalam pinggan tu... kerna aku tak berapa suka kacang. Tiba2 datang si awang tu terus makan kacang....ha..ha... lain kali tanya dulu jangan main sambar jer. Tapi tak per lah bekas emak kan... dalam kelat dan keterpaksaan dia telan. Macam tak biasa.
Tahun lepas sedap tart ni...kali ni kureng sangat. Nyesal.
Tiba2 dengar enjin kereta masuk. Ehhh aboh sudah balik rupanya. Kejapnya masa.

Jeng..jeng, aboh menjinjing plastik rok rak.Hmmm nasi lemak. Tima kacih darling. Apa lagi nyum nyum sambil tersenyum.
Monday, 11 August 2014
Selamat Pengantin Baharu Yaya dan Bashir
Kedua2nya kukenal masa mereka masih kecil lagi. Comel dan cerdik budaknya. Sudah besar panjang sekarang. Semoga bahagia membawa ke syurga.
Ke Kebun Tok
Belakang rumah arwah tok ada pokok buah_buahan yang terbiar. Tak adalah besar sangat tapi ada macam2 pokok buah. Duku langsat dokong cempedak rambutan dan sebagainya. Yang paling banyak dan sentiasa relevan ialah salak kampung yang sedap sangat. Manis dan ada sikit2 masam. Aroma dan jusnya....alahai sedap sangat.
Salak kampung tapi super sedap berbanding salak madu tu.
Adik merayau2 sambil menderma darah kepada nyamuk yang mengamuk giler cucuk jarum. Maklum jarang manusia datang menyerah. Ngginggg....ngginggg....
Salak lagi.
Tak tersnap gambar dah. Kebanyakan pokok jadi tinggi melangut kerana banyak sangat. Kan udah belajar tentang persaingan benda hidup masa subjek Sains dulu kan. Gitu lah.
Tapi....sedih sebab tok dah pergi meninggalkan kami. Dahulu, kalau musim buah salak terutamanya mesti tok akan agih kepada anak cucunya dan mesti disimpankan untuk kami jugak. Meski kami tak datangpun . Walau buruk sekalipon takkan diberi kepada orang lain. Hu..hu. tok...rindu.
Al-Fatihah untuk tok. Semoga tok berada bersama orang2 yang beriman... semestinya di samping tokki jugak. Amin.
Nostalgik sungguh. Reban@gok ayam masih ada meski ayamnya dilepas freehair ajer. Tengok tu...buah rambai. Kulitnya sangat sedap dimasak sayur lemak kolok. Tis..tis air liurku menitis. He...
Duku...duku...Salak kampung tapi super sedap berbanding salak madu tu.
Adik merayau2 sambil menderma darah kepada nyamuk yang mengamuk giler cucuk jarum. Maklum jarang manusia datang menyerah. Ngginggg....ngginggg....
Salak lagi.
Tak tersnap gambar dah. Kebanyakan pokok jadi tinggi melangut kerana banyak sangat. Kan udah belajar tentang persaingan benda hidup masa subjek Sains dulu kan. Gitu lah.
Tapi....sedih sebab tok dah pergi meninggalkan kami. Dahulu, kalau musim buah salak terutamanya mesti tok akan agih kepada anak cucunya dan mesti disimpankan untuk kami jugak. Meski kami tak datangpun . Walau buruk sekalipon takkan diberi kepada orang lain. Hu..hu. tok...rindu.
Al-Fatihah untuk tok. Semoga tok berada bersama orang2 yang beriman... semestinya di samping tokki jugak. Amin.
La...Kena Potong Rupanya
Lepas raya baru ni adalah minggu sibuk bagiku. Apa taknya terus kena kursus seminggu. Sedang taim tulah segala2 tarikh bil mula meluput satu persatu. Astro la elektrik la. Dan yang pentingnya line tenet jugak. Balik kursus terus ke Semarak Resort sebab ada kem.
Balik kem...peranti zoom mula berkelip. Tak boleh akses internet doh. Takkan lebih 2 hari dah kena potong. Berkira bebenor... Astro yang super rigid tu pun ada mesej notis suruh bayor jugak2. Ini baru 2 hari...due date 6 hb, 8 hb dah potong. Aik...teruk sangat.
Nak tukarlah. Menci tak ada perikemanusiaan!!

Subscribe to:
Posts (Atom)