Budak ni berumur enam tahun tapi terpaksa menanggung derita yang maha dasyat. Mengapa? siapa Farhan?
Aku terbaca kisah budak comel ni dalam Mingguan Wanita. Dia melecur seluruh badan kerana tersiram air panas untuk memasak megi. Aduiss.
Alkisahnya Farhan teringin nak makan megi. Dia mintak dengan ayahnya tapi si ayah sedang tengok bola. Mintak ngan si kakak pulak. Yang seorang melayan cerita korea dan yang sorang lagi mendengar lagu. Makanya tiada yang sempat melayan kehendak si adik. Maknya pulak ada dalam bilik. Tau apa yang Farhan buat?
Dia buat sendiri. Masa nak ambik air panas dalam cerek... tiba2 si ayah menjerit GOLLLL!!! hingga mengejutkan Farhan lantas cerek terlepas dan menyiram tubuhnya. Ya Allah...
*****************************************
Kejadian di atas hendaknya dijadikan teladan kepada keluarga tersebut dan kita jugak. Kadang2 kita lalai melayan kehendak anak2 kecil disebabkan kesibukan dan urusan tertentu. Seperti kata emak Farhan, dia ada berbincang @ pos motem dengan keluarga tentang kejadian tersebut .... dan si kakak2 amat menyesal.
Semoga Farhan cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya. Dan kita sebagai ibu, bapa, abang dan kakak hendaknya bersabarlah dengan kerenah anak2 kecil. Sayangi dan lindungilah mereka kerana mereka tidak tahu apa2 tentang bahaya yang menanti.