Rupanya hari ni ada temuduga untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Ngapa anak aku tak der pun dipanggil? Risau jugak kalau-kalau aku terlepas maklumat terkini. Sijil2 bagai telah aku siap dalam fail klear sebagai persediaan kalau-kalau dipanggil temuduga. Kalau tak masuk sebab cemerlang pon... masuk sebab mahir menyusun sijil dalam fail pon okay. Waahh... ha, ha.
Memandangkan aku tak tahu haper2 tentang proses tu, aku terus talipon
sekolah berkenaan nak tanya-tanyakan. Rupanya calon2 yang hantar salinan
sijil sahaja yang mungkin dipanggil. Kepada yang tidak atau belum nak
hantar tu tak perlu lagi susah2 hantar sebabnya pihak kementerian yang
akan tentukan sama ada dapat ke tidak. Oo.. mungkin yang yang tertemuduga itu untuk kuota2
tertentu.
Sepatutnya wahai mak bapak dan calon, selepas peperiksaan upsr, salinan sijil2 murid dihantar ke sekolah berasrama penuh pilihan. Kemudian pihak sekolah berkenaan akan mengadakan sesi temuduga untuk calon2 terpilih berdasarkan kriteria tertentu.
Mungkin yang terpilih oleh pihak sekolah itu yang benar2 cemerlang gemilang ataupun yang masuk atas dasar budi bicara... e-kasih sayang dan sebagainya. Chop gitu... ini andaian aku sajer. Tak betul, maafkan.
Barulah aku faham dan jelas. Jadinya, kepada parent yang duk tunggu bila masa nak panggil anak aku temuguda ..... dan juga salinan sijil2 yang telah difotoestetkan tu simpan sahajalah sebagai azimat. Tapikan, bagus juga aku lambat hantar.
4 comments:
SALINAN SIJIL MACAM MANA
menurut kata dua pihak sekolah sbp, tak payah hantar lagi sebab semuanya online. Kalau nak hantar sepatutnya sebelum proses temuduga.
so sebenarnya dpt ke sbpi ke tak kalau tak ditemuduga ni ye? anak sy tak dipanggil utk temuduga, so kena buat rayuan ke?
Yg akak faham, pelajar dipanggil temuduga tu adalah untuk memenuhi kuota2 tertentu...contohnya kuota pengetua. Kalau masa intake pertama tak dapat masuk sbp/sbpi tu boleh buat rayuan online. Hantar jugak salinan surat rayuan dan sijil2 ke sbp pilihan.
Semoga membantu.
Post a Comment