Friday, 31 August 2012

Salam Merdeka, Janji Ditepati

Baru 55 tahun kita merdeka, macam2 pembangunan dan kemajuan berlaku di bumi bertuah ini.  Hari ni, macam biasa tengok sambutan @perarakan melalui tv, ia satu rutin yang menyeronokkan. Pernah jugak hadir ke sambutan peringkat negeri, tapi tak best ah... bersesak2 dengan orang ramai. Nak parking lagi. Tengok tv lagi selesa kan? 

Apapun, aku tabik kepada mereka yang datang ke tempat sambutan bagi memberi sokongan moral. Bagus sesangat. Semangat patriotik yang seharusnya ada dalam diri setiap warganegara, he.

Anak2 perlu dididik agar mencintai negara dan rela berjuang kerananya. Dirgahayu Malaysiaku.

 

Tuesday, 28 August 2012

Raya @Hutan Lipur Sekayu

Lokasi terletak di Hulu Terengganu. Kira2  30 minit dari Kuala Berang. Dari Kuala Terengganu lebih kurang sejam. Boleh datang dengan teksi. Tambang tak pasti, sebab lama tak naik. 

Tiket masuk sehinggit perkereta. Murah sangatlah tu. Dulu, masa zaman kegemilangannya, tiket masuk RM1 perorang, manakala kereta pun seringgit. cekik darah tapi mujur tak kekal lama anasir itu.

Kat Sekayu ni, dah ramai orang yang maut ketika bergumbira. Kalau hujan turun walaupon sikit, cepat2 deh naik ke darat kerana kepala air mungkin akan turun. Kepala air tu maksudnya air terjun dalam skala besar yang teramat deras dan ganas, bunyinya sudah mengerikan...macam mengaum mintak mangsa. Cepat2 selamatkan diri oii kalau nak hidup lama sikit. Bukan nak menakut2kan tapi pergi mana2 pon kita mesti berhati-hati...

layan tetamu yang datang beraya dulu... 
ha, minum ye dan tengok2 kan ajer biskut2 raya tuh.
sorang kena daftar di kaunter. Kalau banyak barang bekalan dibawa, boleh sewa troli kat sini, rm 2 aje. Memula tu heran gak aku pabila tengok orang tolak troli, hai deme nih curi troli kat maidin keh??
bestnya mandi2 kat celah batu... tapi malas ah aku kali ni. Biar orang jauh2 je lah main air. Air terjun Sekayu memang bestlah. Airnya segar dan sejuk seperti baru ambik dari peti sejuk. Arghhh lega dan hilang tension kejap. Jom mandi...

pengunjung tak berapa ramai, almaklumlah raya. Banyak tempat lagi yang lebih berfaedah untuk diziarahi kan? Yang datang kebanyakannya perantau yang pulang ke kampung. Masa ni bolehlah pilih2 tempat yang sesuai kerana pengunjung tak berapa ramai. Oh ya, kalau tak ramai pengunjung, baik jangan masuk bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini... ala yang macam dalam surat khabar selalu tulis tu...


aik, sempat lagi tangkap ikan. Memusnahkan ekologi betulla bebudak nih.

Nak balik dah cik kak? datang lagi...


Monday, 27 August 2012

Salam Aidilfitri, Album2 Raya

Album Raya 2010


                                           


selamat hari raya, abah. Akak minta maafff.......huu. 

kakak : Duit raya maner boss... tengoklaa henbeg kakak ni kosong lagis...





















Pagi raya masak nasi minyak spesial aku. Nilah sahaja menu wajib keluarga aku. Alaa.... sekadar lapik perut. Lagipun lepas sembahyang raya aku ke rumah orang tua deh.







Saturday, 18 August 2012

Salam 1 Syawal 1433, Maaf Zahir Batin

 

Yess, anak bulan dah nampak tuuu. Amboi besarnya.

Maknanya Aidilfitri nan mulia menjelma lagi. Anak2 teruja sesangat sambil2 bermain bunga api. Anak jiran2 lagilah meriah... pasang bunga api super duper macam hari merdeka tuh. Nasib baiklah aku berjiran ngan mereka, bolehlah anak2 tumpang gembira melihat percikan bunga api. Jangan main mercun bola sudah....

Tahun ni, kami pakai baju raya set ungu. Sebenarnya aku tak gemor color nih, tapi pusing2 keliling sampai jugak giliran. 

Seperti kebiasaan, pagi raya aku mesti sediakan menu nasi minyak sebagai pengalas perut sebelum ke masjid. Ohh, indahnya detik2 itu.

Hingga ke saat ini, rumah masih berterabur, nasib baik ada anak dara kecil itu yang ringan2 kan tangan mengemas ruang tamu. Tapi kan setiap tahun, rumah aku mesti magic.... selerak macamana pun, esok mesti cantiik punya... he... tapi jangan check dalam bilikku pulaks. Ngeri.

 sebelum.......

 tadaaa.... selepas. he..

AK pulak membakar lemang!!??? he... tipu saja, dia sedang bezi membasuh kereta baharunya. Hajat untuk membakar lemang sendiri dah lama tersimpan, namun masih belum ada kesempatan... tunggu anak2 besar baru meriah.

Di ruangan ini, aku ingin abadikan salam hari raya kepada semua keluarga dan kawan2. Maaf zahir batin.





Friday, 17 August 2012

Selamat Hari Raya, Aku Terbeli Langsir Baharu!

Sesajer jalan2 kat Kamdar untuk buang2 masa. Masa belek2 langsir... terpandangkan satu langsir sliding yang sungguh kacak bergaya dan sangat menawan kalbuku. Belek2 dan belek lagi. Ngaper?? sebab regernya superpower...mek penjual tu kata, langsir ni guna kain yang terbaik.... 20 tahun boleh tahan. Amboi, kalau 20 tahun tuh.... aku ni masih ada lagi ke di dunia ini. Tapi tak perlah kan, orang lain mati meninggalkan nama tetapi aku mati meninggalkan langsir!! he.

Akhirnya terbeli jugak. Pada hemat aku ruang tamu rumahku menjadi lebih meriah dengan kehadiran langsir baru tuh. Ah... tak sabar2 nak gantung.

Balik rumah terus cari tangga. Hah, gantung jangan tak gantung....

Aper? sentengnya!! ibarat pakai skirt paras lutut, nampak bulu betis. Aduhai... tak hingatlah pulak, rumah aku kena pakai langsir saiz xxxxl. Super labuh. So, kena pasangkan kat sliding lain.

Agak singkat jugak tapi okaylah sikit. 

Hai....Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Tuesday, 14 August 2012

Rasa Nak Guna Teori Behavior

Tadi masa balik dari bazar, aku nampak ramai budak di rumahku.?? oh, kejar arnab rupanya. semerta darah aku mencanak!!! Jiran aku tuh buat hal pulak. Ada ke patut lepaskan saja hewan2 tu menikmati kelazatan pokok2 bunga di taman larangan aku. Aku sendiri belum rasa lagi tauuu!!

 Ngaper lah tuannya begitu sampai hati... tak nampak ke renab2 ku itu dikurung. Serta diberi makan secukupnya, ada teman hidup penghibur duka lara lagi. Maknanya aku tak benarkan @haramkan si renab2 tu daripada berkeliaran berdating2 sambil meratah2 tanamanku. Ya Allah, tingkatkan kesabaranku....

Kadang2 pikiran jahat mengacah... pukul saja arnab tu ngan rotan. Pabila sakit, haiwan2 tu takkan buat lagi perkara yang menyakitkan. Serik!. Kira guna teori behavior lah cik kak oii. cewah... betul ke ni?? 

Apapun hajat untuk berteori terpaksa aku ketepikan memandangkan hewan itu didapati tidak bersalah! 

Aku hanya mampu berdoa agar tuannya dibukakan hati dan minda agar peka dengan keadaan dan perasaan jejiran. Oh ya, aku peratikan besprennya jugak tak suka akan perilaku itu sebab aku tengok depa tu duk tutup pokok2 kesayangan dengan plastik2 hitam. Ha..ha..ha.... apa guna tanam pokok cantik-cantik kalau ditutup sebegitu ropa.....

Monday, 13 August 2012

Kedekutnya Aku

Masa aku masuk ke Guardian untuk beli redianze tadi, cik mek penjual menyambutku dengan senyuman manis seraya menghulurkan flyer. Oh, ada voucher lima hinggit untuk belian 50 ke atas. Maknanya belian aku RM300 makanya aku dapat RM30 lah? Eh. bukan begitu kak... dapat 5 ringgit sajalah kalau dalam satu resit.  Ala... rugilah mak cik kalau gitu.

So, masa bayar, aku mintak bayar dua kali, dapat voucher RM10, kan? aku berterus terang saja kepada cashier tu. Permintaan aku yang nampak kedekut pada sesetengah orang itu menyebabkan pelanggan lain berhatur lama sikitlah. Adalah yang menjeling manja padaku. Ada aku kesah?  asal aku dapat apa yang sepatutnya, aku berasa puas, rasa bijaksana dan bijaksinin pulak.... ya beda bedu da.
Sorinya tuan puan. Ikutlah cara aku yer.... he.

pssst : di sini aku untung, tapi pos kat bawah ni aku rugi, padan muka. aduiii.

Sunday, 12 August 2012

Bajuku Saiz L, Kainnya M pulak... benci

Hai, dah beli baju2 raya?? ada yang dah beres tapi mungkin ada yang belumkan. Tak kunafikan membuat persiapan raya pada saat2 akhir sangat mengujakan bagiku.... terasa sekali kemeriahan hari raya. Oh... selagi belum menjelang raya, selagi itu terasa belum sempurna. Ada2 saja yang belum cukup dan perlu dibeli.

Tapi itu kisahku lima enam tahun dulu... lama dah tu. Ada pengalaman yang mengerikan bagiku. Di mana nak beli sehelai seluar, terpaksa beratur dua tiga jam rasanya. Dah lah lama, pabila tiba gilirannku, terpaksa pulak pindah kaunter!!!?? Boleh korang bayangkan, tak berbaloi langsung. Dah jadi kerja giler...

Semenjak itulah, aku mula belajar dari kesilapan. Aku buat persiapan raya sebelum bulan puasa lagi. He.. pabila pergi ke pasar raya, beli sikit. Lain kali beli sikit... ikut kudrat fulus. Sedar2 menjelang raya, kira2 dah lengkaplah setiap orang tiga empat pasang. Itu pun yang regernya murah saja serta yang tidak membikin kami kebulur atau bergelap kerana tak mampu bayar bil.... ha, hah.

Untuk aku sendiri pulak, pabila dikira... aduhai, umi ada berapa pasai baju raya akak eh? satu aje... jawab kakak selepas dihitung. Aik?? mana boleh jadi. Makanya aku berkobar2 nak tambah koleksi baju raya. 

Hari Ahad ni, ambik cutilah bos... takkan baju you lebih banyak daripada ai pulaks.

Makanya hari ini aku ke bandar dengan misi untuk membeli BAJU RAYA! yess. 

Di samping itu cari lah barang2 untuk dibuat kuih raya yang dipesan oleh anak daraku. Beriyer2 dia nak buat biskut. Takkan aku nak halang... bagus ah. Hai akak, ada gewer@buah hati nak datang beraya ker?

Masa membelek2 pakaian yang bergantungan tu aku terpandangkan sepasang kurung hijau yang sungguh cantik. Tapi... zipnya rosak. Lantas aku mintak jurujual cari stok baru... tapi tak ada. Tak perlah aku sapu jugaklah yang ini dan yang itu sekali deh.

Balik rumah, aku mencuba2 lah seperti adik yang menerai kasut non stop. Ahhh, patutlah ketat semacam je... rupanya kainnya saiz M sedang bajunya L. Sakitnya hantiku.... mesti ada manusia lain yang gatal2 mensabotaj kemeriahan raya orang.

Padahal aku selalunya berhati2 dalam meneliti.... akhirnya perkara bodoh ni berlaku jugak padaku.  Nak kutukarkan sudah tiada yang sewarna dengannya. Tapi tengok ah, esok ke lusa ke... nak gi tukar biarlah color lain pun. Saborlah saja...

Oh ya, teringat masa kecik2 dulu aku terbeli kasut raya yang kedua2nya belah kiri. Masa awal2 kerja dulu terbeli kasut belah kanan pulak kedua2nya!! Masa tu aku pergi tukar dan sound ada tinggi sikitlah marahkan pekerja yang cuai. Yalah, bukan dekat oi, aku duduk kat hulu mau pergi ke kuala naik bot.... he.





Saturday, 11 August 2012

Baiknya Orang...

Tadi masa jalan2 kat bandar, aku lalu ikut jalan hotel midtown. Ali2 tengok ada pemuda pemudi mengagihkan bubur lambuk. Hmmm, sedap ni. Aku dapat 3 bungkus. Terima kacih!! 

Macam2 cara orang dan organisasi tertentu membuat kebajikan dalam bulan puasa ni. Ada yang menderma buah kurma, telekung dan bubur lambuk. Kerajaan negeri Terengganu pon masih meneruskan pemberian buah kurma dan air zam zam kepada semua rakyat. Terima kacih daun keladi...

petang kelmarin ada orang hantor bungkusan ni.Janji ditepati.... 

Jadi, bagaimana dengan kita? nak beri apa yer untuk dapatkan lebih pahala... beri sepiring kuih atau lauk berbuka pon okay jugak. Beri setakat mampu, yang penting ikhlas. Apapun, tangan kanan memberi... sorokkan tangan kiri.


 

Wednesday, 8 August 2012

Nak Raya, Langsir Nak Tukar?

Dah dua hari aku bogelkan tingkap, pintu gelungsur dan sarung kusyen. Oh, apakah tandanya itu? naak rayakah?... ohh dibasuh...

he, sebabnya aku tak der bajet nak beli persalinan baharu bagi semer tuh. Ikut hati, nak ikut stail kengkawan... turunkan langsir terus gantung yang baharu punya!! yang lama dipass kat orang. Tapi siapalah aku nak ikut lagak orang. Berbelanja sekadar kemampuan, itu yang sebaik-baiknya.

Kata kawan2, langsir cantik2 pabila dibasuh dah tidak terletak lagi seperti asalnya. Betul gak ah... maklumlah langsir yang penuh gaya, beropol2, scallep merlep, beriben dan pelbagai fesyen lagi tu sangat alergi pada putaran ganas mesin basuh. Siap2 dah lari tune, riben dah jadi senget, rambu2 pulak ada yang terjatuh. Hei... apa kelas gantung langsir tak sempurna akal. Kah, kah....

Justeru, aku lebih suuuka pilih pesen langsir yang simpel dimpel ajer. Kontemporari?... tak tahulah dipanggil apa. Yang pasti, gerenti boleh reuse selalu sehingga koyak rabax...


 kalo aku ah, cukup haul 5 tahun@ ke atas  baru turunkan... he.



cantiknyerrr ! aku suka.



Tuesday, 7 August 2012

Lagu Dedikasi Untuk Abang dan Kakak, Selamat Menghadapi UPSR dan PMR

September dan Oktober ini, dua anak aku akan menghadapi peperiksaan besar mereka. Maka sebesar itulah harapan aku agar mereka mencuba sedaya yang boleh untuk cemerlang. Hanya doa restu yang mampu aku panjatkan agar mudah-mudahan dua-duanya dilapangkan dada dapat menjawab kertas peperiksaan dengan sebaiknya. Amin, insya-Allah.

Kak dan Abang, hayatilah lagu ini. Moga terus menjadi inspirasi dan motivasi kepadamu....

Standing In The Eyes of the World 

Pahit getir hidup...  
dan pengorbanan  
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan  
Terdidik sejak mula, tabah berusaha  
Tanpa cuba melangkah, tak ke mana  
Di mana kau berada  
Pencapaian tak tiba dengan mudah
 
Kini "Standing In The Eyes Of The World"  
Hanyalah selangkah dari nyata 
Keazaman membara dijiwa  
Menanti saat bebas merdeka  
Tiba masa kau melangkah gagah  
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya  

Engkau terunggul 
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu  
Kembali segar mekar bawah bayanganmu  
Setiap manusia ingin berjaya  
Namun tak semua miliki tuah  
Engkau menghampirinya  
Kesempatan telah pun tiba...

Sayang daripada,
Umi, aboh dan adik


Suami @ 40

Setiap wanita seusia 40-an biasanya sudah ada teman hidup dan anak-anak penyeri rumah tangga. Pada saat begini, ramai pasangan mula mengecap kesenangan setelah lama bersusah payah dan bersakit2 semasa muda. Almaklumlah masa itu, anak2 masih kecil dan pendapatan tidak berapa nak cukup.  Risau nak beli susu, pampers dan upah pengasuh. Semua tuh meruntun sebahagian besar pendapatan. Itu belum lagi masuk bab sakit demam. Aduhai..

Masa berlalu anak2 kian membesar...

life begins @ 40. 

Bagi isteri, pabila tanggungan berkurang, maka dapatlah kita membeli secebis barang kemas dan melabur serba sedikit. Yalah untuk masa hadapan kan? Kalau dulu semua tuh ibarat mimpi sahaja kerana kesempitan hidup. Tapi itu bagi wanita. Laki2nya bagaimana pulak...

Suami@40 kembali menjadi gatal keladi kurap berpanau. Digaru2 makin sodap. he... sesetengahnya lah. Jangan mareh ye bapak2 yang budiman. 

Alkisahnya ini terjadi pada temanku. Pada suatu hari, dia dikejutkan oleh satu sms yang mendakwa kononnya suaminya  main perasaan dengan orang lain. Perempuan yang jauh nuuun lebih muda, bergaya dan bergetah melekat2... berpangkat anak kepada isterinya!... Lepas tuh, difowadkan sms-sms yang kononnya  daripada si suami kepada kekasih. Ayat2nya alahai.... dalam tuh ada jugak ayat2 bercili padi super pedas dengan mengata2 sang isteri dah tua, tak sama dengan kekasih yang muda. Serta mertalah naik darah, mual dan sakit kepala .... air mata kasih jangan cakaplah...ibarat air terjun agaknya. Teruslah dia menelefon si suami untuk mintak kepastian?.... 

cuba teka... rasa2nya apa jawapan teman hidup yang disayanginya itu? nafi sekeras2 batu gunung pasak bumi.... atau mungkin jugak dia tak terlibat pun dengan jenayah tuh.

Walau bagaimanapun, pada aku, dia tidak bertindak rasional. Tak bijak dia terus menyerang suaminya? kalau betul pun takkan dia nak ngaku kan? 

Sepatutnya kalau dalam situasi begitu,  
  • istighfar
  • BERTENANG. Percaya jangan dan tidak percaya pun jangan!  
  • buat macam biasa 
  • siasat suami untuk cari bukti. Kalau terus diserang, nescaya si suami terus padamkan bukti2.... 
  • luahkan perasaan kepada rakan yang dipercayai. Tolonglah, jangan sembarangan weh!!
  • sabor
  • redakan perasaan dengan redha dengan sebarang kemungkinan.
Boleh terima tak saranan aku niss... kalau pun tak sangat bagus, sekurang2 anda boleh menarik nafas untuk memikirkan strategi selanjutnya demi menyelamatkan rumahtangga. Kan?

Kepada temanku itu, aku doakan agar segalanya hanya gurauan insan2 nakal sajer....



 

Monday, 6 August 2012

Cerdik Bukan Kat Sekolah Saja

Ketika aku menghadiri satu majlis berbuka puasa baru2 ni, aku dapat idea penting ini.Memang penting.... cuba rujuk tajuk di atas... ceh macam surat rrasmilah pulak..

Adalah satu keluarga ni datang anak beranak, dari anak dara, teruna sampai ke kecil... aku pun sama datang habis seisi keluarga buat rombongan ke majlis berbuka posa. Aku dan anak daraku itu buat2 lah rajin menolong menceduk2 dan menghidang makanan yang telah disiapkan. Sebenornya tak ader lah rajinnya kami dua beranak ni, cumanya tidaklah tergamak menadah tapak tangan tunggu hidangan sampai ke lutut... kira reti bahasalah ni... 

Yang geramnya, anak dara dua orang tuh, boleh tengoookkk saja, tercongok atas tikar, sedangkan anak dara aku yang baru darejah enam tuh dah pandai angkat2 mangkuk biarpun panas. Ya Allah, ampunnn.. dah lah gitu, air pun laki aku yang tuangkan ikut pilihan deme. hiii... berbulu lebat sungguh. Mak mereka pun tidaklah berani membuka mulut untuk melontarkan suara menyuruh anak2 membantu. 

Mentang2lah anak2nya ceredik... bakal jadi profesional... tapi apa aku kesah? dalam majlis makan2 gini tak der maknanya agung2kan semua tuh, lainlah kalau kat tempat kerja. Otak cerdik kat mana2 pun sepatutnya boleh berfikir dengan rasional jugak, perlu bijak adaptasi dengan situasi... bukan cerdik di sekolah saja...

 
makan kurma bagus untuk otak ...

Lepas makan, aku jugak yang setelkan. Anak2 dara yang cerdik pandai tuh hilang... siap basuh tangan dekat paip lain... takut kena basuh pinggan. Tapi ngaper aku rajin sangat eh?? bukan rajin... bukan berlakon... tapi aku kasihan kat tuan rumah dan kerana aku sabor.... sabor.

Dalam kereta... aku bagaikan Ustazah Bahyah, beri tazkirah kepada kakak dan adik dan semestinya AK jugak..., biar sebijak manapun belajar... kena tahu sesuaikan diri dengan majlis. Jangan jadikan orang cerdik tadi sebagai contoh....


Yang Remeh Sememehpun, Kena Bincang Jugak...

Hai, dah siapkan baju raya untuk anak2, teman hidup dan diri sendiri. Semestinya... tapi aku bukan nak kisahkan tentang baju raya aku yang penuh bunga raya itu. he...

Alkisahnya, seorang rakanku ini. Aku naik heran ngapa dia asyiiik bertanyakan kedai yang aku selalu dapatkan stok untuk baju rayaku. Dah aku jawab.... pabila terjumpa lagi, tanya lagi..... dan lagi. Apa hal cik minah ni eh? mesti cantik bebenor baju2 rayaku pada mata bundarnya itu. hmmm.

Bagaikan mengerti monolog aku, dia pun meluahkan apa yang terbuku dalam dadanya. Ooohhh, tak puas hati dengan baju raya tahun ni rupanya. Tapi, kalau tak berkenan ngapa beli weh? 

"Masa beli kain dulu, memang aku tak berkenan dah... tapi sebab suami aku pilih nak mecing dengan baju Melayunya, maka aku diamkan saja. Aduhai, bila dah siap dijahit.... semakin ketara hodohnya!! sudahlah tak cantik, reger pulak murah sangaaattt!!!" 

Aikk, mana boleh jadi ni. Pasal beli barang tak ikut selera memang membangkitkan sheeeeh aku, geram.... apatah lagi melibatkan pakaian. Ye lah, kita yang terpaksa promot jalan ke sinu sana.... kalau cantik pakaian maka berseri2 lah pemakai. Kalau sebaliknya.... menyampah!! Yela, lagi pon baju raya, biarlah mahal dan bergaya sikit berbanding hari2 biasa. Aku setuju part tu.... setahun sekali weh.

Tu lah, segala urusan serah dan ikut saja cakap dan kehendak suami. Anggap suami macam profesor. Suami nakkan A, maka A lah... tiada kompromi. Bukan tak boleh ikut kehendak suami saja, tapi apa salahnya kalau dibawa berbincang. Nampak macam remeh-temeh, tapi boleh membengkak dari dalam. Kalau aku dalam situasi tuh, mungkin tak sambut rayalah... MOGOKK. ???

cik kak, cik adik... pastikan raya tahun ni letak bunga raya atas meja, 
takkpun pakai baju yang coraknya BUNGA RAYA macam akak... he.

Selalu jugak dia mengadu sebelum ini, suami yang tentukan warna langsir ( konon round satu negara cari yang sesuai cita rasa, akhirnya belilah. Bila aku melawat rumahnya... teruja lah nak tengok langsir bercita rasa tinggi tu... last2 waka ka ka... macam langsir bilik tidur aku jer....ngeh ngeh) , begitu jugak kain2 baju kurungnya, kasut seliparnya dan aneka bagai lagi. Malah anak tudung@serkup dalam pun suami tentukan jugak. Pernah sekali tu, si isteri sangat berkenankan satu benda. Harganya berpatutanlah sebab kedai tu biasa2 ajer. Belek, terai ... angkat dan letak. Akhirnya letak jugak sebab suami kata tak payah beli, tak cantik. Kesian sungguh.

Walhal, bininya tu ada kerjaya. Malah pendapatan nun lebih baik daripada suami. Cerdik lagi... tapi dia tak ada kuasa langsung untuk menentukan kesukaannya. Kronik monik tonik....

The moralnya ialah, dalam rumah tangga tak sepatutnya didominan oleh seorang saja. Suami kena ambik kira selera isteri dan begitu sebaliknya. Berikan juga kebebasan untuk pasangan melakukan @ memilih sesuatu mengikut kehendak hati asalkan bersesuaian. Janganlah terlalu taksub pada diri sendiri kononnya perfek, serba tahu serta teliti.... Menganggap selera pasangan tak ada cita rasa, akan membenihkan rasa tidak puas hati, meskipun didiamkan... lama2 akan meletup jugak. Justeru, saling menghormati dan memahami adalah yang terbaik. Dok gitu eh??...



Saturday, 4 August 2012

Petua Kurangkan Sakit Gigi

Korang pernah diserang hendap oleh sakit gigi tak?  Mesti ramai yang angguk kepala kan. Aku pernah sakit gigi teruk lebih kurang 4 tahun lepas. Ya Allah, ibarat bandingannya lah, kalau jalan atas bumbung terjatuh pon tak rasa sakit, sebabnya sakit lagi sakit gigi oii. Trauma...

Masa kena tuh malam hari, tak der klinik yang buka lagi. Sakit sangat sampai tak tau gigi mana yang sakit. Rasanya semua yang ada dalam mulut tu sakit belaka. Agaknya, kalau doktor tanya gigi mana yang nak dicabut?? mesti aku dah tinggal tunggul gusi ajer sekarang sebab semua sakit dan perlu dinyahkan dengan segera.

Pas tuh, tetiba teringat petua orang tua supaya bakor bunga cengkih dan bubuh dekat gigi berlubang@sakit tadi. Sambil2 tu gigit untuk kurangkan sakit. Kalau sakit lagi, ulang dan ulang sampai hari menjadi cerah... yelah, nak tido pun dah jadi mustahil teramat. Insya-Allah akan berkurangan azab sengsaranya.

Masa berlalu, sedar2 dah empat tahun berlalu. Alhamdulillah aku tak sakit gigi lagi. tak mbohh@nak doh.... Aku masih lagi pakai gigi yang sama. he. syukur sesangat...

Masa gugel2 tadi terjumpalah satu petua lain untuk hilangkan sakit gigi. Apa lagi... cepat2 lah aku reserve untuk kegunaan masa hadapan. Sediakan payung selalu, kan...


Cecaranya;

 
Ambil seulas bawang putih dan kemudian hiriskan nipis-nipis. 
Kemudian, tampal pada gigi yang sakit. Biarkan lebih kurang satu jam. 
Insya-Allah berkurangan sakitnya.

sekadar hiasan




Friday, 3 August 2012

Habbatus Sauda @ Jintan Hitam

Nama saintifik : Negella Sativa

 Aku beli gel habbatus sauda untuk kegunaan abang. Dia ada masalah hidung berair. Sejak makan dia kata ok sikit. Rakan aku pun makan benda ni. Dia ada sakit2 lutut. Hai dah tua lah tu... he. Pabila makan, ajaibnya terus hilang sakit sendinya. Amboi.... cepatnya. Bimbang jugak dia kot2 produl tu dicampur dadah ke apa. So, dia terus telefon pengasasnya, dr Sam Rasputin. Bekas penyanyi yang  imej lain daripada yang lain tuh. Saya anak Malaysia.... yeh patriotik lah sikit.

Apa Sam kata, mula2 baca hadis dan huraiannya. Kemudian kata tak ada dadahlah kak.... lagi..... kena makan berterusan untuk mendapat kesihatan dan keberkatan... oohh, okay..okay.

Bagus ah, benda ni. Nak terus beli ah. Hajat nak jadi pengedar untuk dapatkan harga dengan lebih murah.... tapi RM1000 tunai. Biar lah dulu, aku beli satu2 ajer lah.

Justeru, aku nak jugak kenal dengan pokok jintan hitam ni. Kot2 boleh tanam kat rumah. he.. tambah koleksi... nak beli benih kat mana eh?





cantik bunganya. Kalau sesuai boleh ditanam sebagai hiasan.... atau edible garden, betul?


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah  bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam." Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut."



(Riwayat Bukhari)