Monday, 6 August 2012

Yang Remeh Sememehpun, Kena Bincang Jugak...

Hai, dah siapkan baju raya untuk anak2, teman hidup dan diri sendiri. Semestinya... tapi aku bukan nak kisahkan tentang baju raya aku yang penuh bunga raya itu. he...

Alkisahnya, seorang rakanku ini. Aku naik heran ngapa dia asyiiik bertanyakan kedai yang aku selalu dapatkan stok untuk baju rayaku. Dah aku jawab.... pabila terjumpa lagi, tanya lagi..... dan lagi. Apa hal cik minah ni eh? mesti cantik bebenor baju2 rayaku pada mata bundarnya itu. hmmm.

Bagaikan mengerti monolog aku, dia pun meluahkan apa yang terbuku dalam dadanya. Ooohhh, tak puas hati dengan baju raya tahun ni rupanya. Tapi, kalau tak berkenan ngapa beli weh? 

"Masa beli kain dulu, memang aku tak berkenan dah... tapi sebab suami aku pilih nak mecing dengan baju Melayunya, maka aku diamkan saja. Aduhai, bila dah siap dijahit.... semakin ketara hodohnya!! sudahlah tak cantik, reger pulak murah sangaaattt!!!" 

Aikk, mana boleh jadi ni. Pasal beli barang tak ikut selera memang membangkitkan sheeeeh aku, geram.... apatah lagi melibatkan pakaian. Ye lah, kita yang terpaksa promot jalan ke sinu sana.... kalau cantik pakaian maka berseri2 lah pemakai. Kalau sebaliknya.... menyampah!! Yela, lagi pon baju raya, biarlah mahal dan bergaya sikit berbanding hari2 biasa. Aku setuju part tu.... setahun sekali weh.

Tu lah, segala urusan serah dan ikut saja cakap dan kehendak suami. Anggap suami macam profesor. Suami nakkan A, maka A lah... tiada kompromi. Bukan tak boleh ikut kehendak suami saja, tapi apa salahnya kalau dibawa berbincang. Nampak macam remeh-temeh, tapi boleh membengkak dari dalam. Kalau aku dalam situasi tuh, mungkin tak sambut rayalah... MOGOKK. ???

cik kak, cik adik... pastikan raya tahun ni letak bunga raya atas meja, 
takkpun pakai baju yang coraknya BUNGA RAYA macam akak... he.

Selalu jugak dia mengadu sebelum ini, suami yang tentukan warna langsir ( konon round satu negara cari yang sesuai cita rasa, akhirnya belilah. Bila aku melawat rumahnya... teruja lah nak tengok langsir bercita rasa tinggi tu... last2 waka ka ka... macam langsir bilik tidur aku jer....ngeh ngeh) , begitu jugak kain2 baju kurungnya, kasut seliparnya dan aneka bagai lagi. Malah anak tudung@serkup dalam pun suami tentukan jugak. Pernah sekali tu, si isteri sangat berkenankan satu benda. Harganya berpatutanlah sebab kedai tu biasa2 ajer. Belek, terai ... angkat dan letak. Akhirnya letak jugak sebab suami kata tak payah beli, tak cantik. Kesian sungguh.

Walhal, bininya tu ada kerjaya. Malah pendapatan nun lebih baik daripada suami. Cerdik lagi... tapi dia tak ada kuasa langsung untuk menentukan kesukaannya. Kronik monik tonik....

The moralnya ialah, dalam rumah tangga tak sepatutnya didominan oleh seorang saja. Suami kena ambik kira selera isteri dan begitu sebaliknya. Berikan juga kebebasan untuk pasangan melakukan @ memilih sesuatu mengikut kehendak hati asalkan bersesuaian. Janganlah terlalu taksub pada diri sendiri kononnya perfek, serba tahu serta teliti.... Menganggap selera pasangan tak ada cita rasa, akan membenihkan rasa tidak puas hati, meskipun didiamkan... lama2 akan meletup jugak. Justeru, saling menghormati dan memahami adalah yang terbaik. Dok gitu eh??...



No comments: