Friday, 3 August 2012

Ku Tanam Pokok Anggur

Kat rumah ada sebatang pokok anggur. Benihnya aku beli kira2 dua tahun lepas. Kutanam dalam pasu ajer dan sadaikan di belakang rumah. Tumbuh daun2, 3 helai kemudian kering. Pada suatu hari......aku nampak pokok itu kering kerontang. Arwahlah tu, lantas aku mencabutnya. Eehhh, payahlah pulak. Rupa2nya masih hidup. Lantas kubiarkan lagi di situ tanpa kasih sayang. 

Seminggu dua lepas tu, naiklah sulur yang sangat sihat. Dedaunnya lebat. Ohhh, mungkin pokok tu tak dapat bernafas selama tersadai. Agaknya disebabkan tanah yang padat menyumbat lobang hidungnya, so pabila aku hogeh2 untuk dicabut.... semertalah dia boleh bernafas dengan normalnya... kotnyer lah.

Justeru, aku alihkan ke depan letak depan garaj. Kubiarkan sulurnya memanjat tiang. Nampak gaya macam serasi aje kat sini. Tak sabar nak tengok perkembangannya. Tapi bila eh nak berbunga.... atau berbuah terus pon okay gaks.

Foto
tak dapat kubayangkan andai pokok anggurku berbuah lebat sebegini.... aduhai


So, untuk tambah ilmu pengetahuan, aku rajin2 google tentang pokok ni. Aku kopi pes kan agar mudah aku merujuknya setiap hari. he.
                                                         


Cara menanam pokok anggur;

tapak:


1. Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur.
2. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 3.5 meter - 0.60 meter (11.2 kaki, lebar 2 kaki). Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukkan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja ke dalam lubang yang disediakan.
3. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakkan bagi mengelakkan akar pokok daripada terendam air.
4. Sekurang-kurangnya 0.3 meter - 0.45 meter (1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar) batas diperlukan.
5. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung di sekitar pokok.
6. Hindarkan menanam di tanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
7. Tanam secara pasu digalakkan bagi kawasan perumahan.
8. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
9. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari digalakkan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit.
10. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 40.6 -45.7 cm (16-18 inci) luas dan 35.6 cm- 45.7 cm (14-18 inci) dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah bermutu.

Pemangkasan dan latihan

1. Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 1.52 meter (5 kaki). Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya.
2. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .

Pemangkasan untuk pembuahan

1. Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.
2. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki.
3. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
4. Potong pucuk kira - kira 1.21 meter ke 1.52 meter (4 atau 5 kaki) dari cabang.
5. Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
6. Bersihkan di kawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur di sekitarnya .

Kadar pembajaan pohon anggur:

1. Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
2. Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda.
3. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.
4. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari.
6. Kurangkan anggaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.

Kaedah siraman:

1. Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering.
2. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung.
3. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi.
4. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan.
5. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air.
6. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya. 




No comments: