Wednesday, 25 July 2012

Nak Masak Apa Karang??

Hah, ha.... topik ni selalu menjadi hangat di tempat kerjaku apabila tengah hari menjelang. Pada saat itu, apa2 resepi yang ada dalam surat khabar menjadi inspirasi hingga mengganggu gugat konsentrasi puasa. Hatta resepi maggi goreng pun boleh dipertimbangkan!!

Ikan percik sudah, tom yam ikan sudah, ayam kampung sudah.... jadi, apalagi nak masak hari ni kawan-kawan. Ada yang mencadangkan menu ikan singgang ajer... ala... sungguhpun menu tersebut sangat popular di sini, tapi bulan puasa ni, mesti nak yang lebih spesial lah, kan?? budak-budak lebih2 lagi lah. Apa kelas kalau ikan singgang jer memanjang, dari bulan Muharam sampai Ramadan asyik-asyik singgang jer ni, umi?? he.. dah itu saja yang umi pakar aduhai anak-anakku.

Hari ni, aku nak masak daging goreng halia muda, kerabu mangga dan sayur kailan. Eh, tak der kuah ke? ala... kuah tom yam ikan siakap ( klik sini dehhh...) semalam ada lagi semangkuk, ok lah tu. Lagi pun, kakak tak der kat rumah kerana dia menghadiri kem UPSR di Hotel Seri Malaysia. Kelas ye budak2 sekarang, sekolah rendah lagi dah kerajaan hantar belajar tempat yang sedap-sedap. Makanya, tak heranlah jika Terengganu senantiasa mengetop gitu!! Terima kasih dan syukur alhamdulillah.

Ha..ha, masa aku mengentri ni, tangan masih merah gegara pewarna merah yang perap kat daging tadi. Dah terbayang2 betapa sedapnya daging goreng halia api besar nanti. Tetapi hari ni aku nak kongsikan resepi tom yam ikan yang aku masak semalam. Pada akulah, memang sedap mengalahkan ayam dan daging.... resepi ambik daripada anak orang Siam. Kalau nak terai, selamat mencuba.




No comments: