Sunday, 29 July 2012

Buah Jering Pandai Kapit Orang ker??

Rutin harian dalam bulan puasa ni mestilah memasak..... ramai suri rumah kering idea untuk masak yang best dan tersedap untuk keluarga tersayang. Cumanya aduhhh!!

Kalaulah aku sehandal Kakjee , atau mat gebu atau sesiaapa yang terer menggubah apa-apa bahan untuk dimakan. Sedap pulak tu. Dah lah gitu, tengok gambar pon dah meleleh air liur... kalau diberi terai apalah lagi. hmmm...

Oh ye, aku tertarik dengan satu resepi jering goreng. Sangat terliur dan teruja untuk dicuba. Cumanya, kat tempat aku, tak ada rasanya orang goreng jering. Yang ada cuma jering rebus. Tu pun sukar dan rumit untuk dimasak. Takut kena kapit.... seksa nak kencing ooi. Tak tau lah kot2 nya orang belah sini saja yang jering suka kapit. ha..ha.

Menurrut rakanku yang pernah digigit dek jering ni, sakitnya nak kencing Allah saja yang tahu. Siap berdarah lagi. Seram tu. Kenapa jadi camgitu eh? orang kata kerana kandungan kapur dalam jering. Tak tahu lah. Apapun, aku rasa nak masak jering kena ada petua pemuda lah. Untuk menambah kenal dengan buah ajaib ni, aku pu google lah, saja2 kongsikan maklumat...

Buah jering mengandungi 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Ia juga mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. 

Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jenkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak, ia akan memudaratkan kesihatan. Asid jenkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam ginjal dan akhirnya akan menyebabkan pundi kencing tersumbat. 

Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk pesakit diabetis kerana kandungan sebatian alkoloid mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Akar pokok jering yang dikeringkan kemudian direbus dan diminum air rebusan tersebut dipercayai dapat merawat diabetis. 

Makanya, ada sesiapa yang handal mengubat si buah jering ni, bolehlah kongsi2 untuk tambah pahala. Insya-Allah.



No comments: