Monday, 30 July 2012

Kembali kepada Didikan Mak Ayah

Syukur dan tahniah kepada semua insan yang terbuka hati dan minda untuk meresap dan mengamal ajaran agama Islam dan suci. Sekarang ini seperti sudah menjadi aliran artis2 Malaysia bertudung. Makanya disebut hijrah. Make over daripada tidak bertudung kepada bertudung.  Baguslah, terlaksana satu tuntutan. Sekarang bolehlah hayunkan langkah seterusnya untuk menjadi lebih baik.

Aku percaya, sedari kecil, ibu bapa mendidik kita dengan didikan Islam. Ajarkan kita sembahyang, mengaji, hormat orang dan pelbagai lagi santapan rohani dengan harapan kita menjadi manusia pabila dewasa kelak. Itulah yang dilakukan dan sedang dilakukan oleh semua orang tua. Di sekolah ustaz dan ustazah pulak mengambil peranan. Begitulah kita dibentuk dan dibimbing ke arah jalan yang benar.

Masa berlalu, kita semakin dewasa. Makin cantik. Makin matang. Kita mula kenal warna warni dunia. Justeru, kala itu ramai yang tersasar haluan.... maka perlahan-lahan cuba2 melupakan apa yang diajar tentang agama, tentang adap sopan. Buat2 lupa demi mengejar keseronokan yang pendek. Pun aku masih percaya, dalam hati mereka ini masih tersimpan rasa bersalah dan kesal melakukan dosa.....


Pernah terlalai, namun sedia kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Bukankah kita tidak tahu berapa panjang atau pendek umur kita??

Pelakon Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk  memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah.  Pada aku, Diana nampak matang dan cerdik... Yalah, diapun sekolah tinggi..



No comments: