Masa gi jalan-jalan rumah mak sambil hulurkan sebekas bubur jagung... ternampak banyaknya bunga telang. Kita kat kampung panggil bunga nasi kerabu jer... sejak syampu sunsilk perkenalkan syampu perisa bunga tu barulah akak tahu nama sebenarnya. Ooo...bunga telang nama dalam ic nya. Betapa kurengnya elmu dalam bidang sains pertanian , botani serta petani. Hihi Huhu.
Oh ini bukan bunga telang ya puan-puan. Ni namanya bunga kertas. Jangan sekali kali salah guna buat wau apatah lagi nasi kerabu. Merapu... sengih. Akak abadikan di sini sebab ada dua model penting dalam hidup akak yang berlatar belakangkan bunga kertas yang sungguh lebat. Cantekkk. Mecing pulak mak aku tudung ngan sandal tumit rendahnya hitu.
Kali ni akak bertertib sikit menulis resepi sebab nenjadik dan puashati di tekakku. Justeru jangan buang masa lama sangat nanti subuh hari pon tak boleh merasa keenakan nasi kerabuku yang lebih sedap daripada sesetengah tempat. Wah2... arivah.
Ni tumis super sedap. Seeloknya dibikin lebih awal dan biarkan iya tidur semalaman di rumah kita supaya mesra dan serasi.
Bahan tumis :
5 ulas bawang merah,
1labu bawang besar,
1 ulas bawang putih,
sehirisan halia,
3 batang serai diketuk,
sekeping asam keping
2 sudu cili kering yang dikisar
200 ml santan kotak
minyak.... garam... manisan.... aji
Kaedahnya.... semua bahan dikisar kecuali asam dan serai. Kendian ditumis dan masukkan santan. Rasalah ye supaya sedap. Oh ya... sepatutnya dibubuh juga 3 sudu budu... tapi akak tak masukkan asbabnya ramai sangat pengidap resdung di rumah ni. So untuk akak kena sepesel lah yaitu tuangkan sedikit budu tu atas nasi. Sedap tak hingat nih.
Sediakan pulak sambal ikan plus kelapa. 3 ulas bawang merah, sehiris halia, 6-7biji lada hitam dan tiga batang serai. Ditumbuk hingga lumat. Mulakan dengan serai yer. Lepas tu masukkan ke dalam bekas.
Goreng 1 cawan kelapa hingga kekuningan. Tumbuk supaya halus. Ada orang tak tumbuk pon. Tapi untuk menunjukkan kerajinan dan nilai2 murni... seeloknya ditumbuk manja manja gitu. Sekejap je. Oh ya... hari ni cik lesung batu jadi bintang fofular ye. Kiki. Tumbukkan juga 3 ekor ikan selayang yang direbus. Tak ada gambau lah pulak.
Pastu panaskan bahan2 tumbuk dalam kuali dengan api perlahan sambil digaul. Motipnya supaya sambal ni tahan lama sikit. Sambil2 tu masukkan garam dan gula. Rasakan sedap ke tidak.
Ni adalah penyumbang kepada brand menu ni. Akak bubuh apa yang ada di kawasan rumah dan peti sejuk ajer. Dan sememangnya tak berapa nok ada apa-apalah...
Bunga telang posing bersama daun serai kayu. Ambik rumah mak. Di rumah akak pun tanam jugak tapi togel tak ada daun. Ngeh...
Hah... ada taugeh hijau. Buh aje lah. Sedap jugak rupanya.
Taraa... nasi kerabu ke nasi kelabu ni??. Warna sebenar lebih cantik tapi dek kerana tak ada lampu limpah, maka heronya nampak hitam. Tak per sedap tetap menten. Bahan2... 4 cawan beras, 15 kuntum bunga telang diramas dengan 2 cawan air ditambah 3 cawan air lagi untuk diguna ketika tanak nasi. Tanak bersama sebatang serai dan 2 helai daun limau purut ( tapi kann... akak lupa letakkk). Satu lagi beras ni akak basuh dan rendam dalam rice kuker dari waktu malam sebelum tidur lagi. Senang... bangun esok terus tapp... tekan suis. Justeru ye adik kakok tak perlulah tambah air lagi. Kelebihannya ialah nasi kita lebih berderai-derai seperti air mata yang berderai... kata Lefthanded sewaktu zaman kegemilangannya dulu2 tu. Akak suka nasik yang begini kondisinyak. Ehh...
Tulah sajanya... nasi dalam pinggan tak sempat snap gambor sebab tak hingat. Nak sedap lagi gorengkan ikan rebus dan keropok keping. Kalau rajin buatkan solok dan macam2 lagi.
Ni gambar sejarah fail peribadi ketika pembikinan buat kali pertama. Masa ni akak rajin yang amat untuk mengkomplitkan menu. Tak taulah, nanti round ke sekian kali mesti tinggal nasi saja kot.... ohh tidakkkk...
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment