Ni cerita baharu. Petang tadi akak dan suomi pergi membeli tiles beranda yang masih belum dibeli. Sebabnya tak ada yang berkenan sama ada dari aspek harga atau rupa paras. Yalah nakkan yang paling hensem atau jelita serta bermutu tinggi dengan harga murah. Boleh ke gitu?
Sebenar ada survey kedai dekat2 rumah tapi tak beli sebab harga ada tinggi sikit. Beza dalam RM2.00 sekeping bagi tile 2 x 2 kaki. Maka relalah aku ke bandar dan dapatlah berjimat sikit. Tapi tu lah... untuk beranda tak berkenan.
Alangkah terkejutnya haku kerana harganya telah naik. Hamboi... Harga naik ni kan? Tanya kepada jurujual yang tiba2 ada di belakangku. Terkejut aku kerana masa tu aku asyik membebel. Ya... jawabnya. Nanti GST naik lagi ke? (Soalku bertubi2 dalam hati... sengih sumbing). Kasihan kami...ish ish.
Tapi akak tak paham kaedah sebenar selepas gst. Yang dengarnya harga naik...naik. Hanya iklan Sofi Jikan saja yang mengurangkan sikit stress. Realitinya?? Ramai yang tak tahu. Apapun harap ada kebijaksanaan di situ.
Gambar tahun lepas ni. Model dan ayah model yang botak. Ayahnya cover ngan kopiah. Tu ada sorang lagi... bagus jugak pakai kopiah barulah berhingat2 sikit akan tingkah laku dan tutur kata. Tak jugak kan. Walo bagaimana pon kita kena jaga peribadi dan perilaku hatta berkopiah atau tidak. Ngee..
Tile cam gini yang jadi idaman. Akak pilih yang warna kelabu. Dapat reger 6.50 sekeping. Bolehlah.
No comments:
Post a Comment