Dalam tak sedar masa berlalu pantas...kini usia perkahwinanku sudah 18 tahun. Anak2 sudah remaja dan semestinya usiaku dan dia semakin sedikit yang tinggal. Hu..hu melankolik.
Aduhai suami...rasanya baru saja kita sama2 mengorek duit tabungan pada akhir bulan terutama pada tiga bulan pertama kita membeli kereta...Proton Iswara Aeroback. Sudah habis gaya dan kaya rasanya.
Masihku ingat lagi masa kereta itu kita bawa ke kampung. Ada sedara maramu yang berkata...o..dia pinjam kereta orang agaknya!!. Alahai...begitulah nilai kita pada mata orang. Sob..sob.
Nasib baiklah masa tu kita menumpang di rumah mak. Maka lepaslah bahagian sewa rumah. Namun tak selamanya kita akan selesa menumpang meski di rumah ibu bapa sendiri. Akhirnya kita berpindah ke rumah sewa. RM300 sebulan. Jerit perih kita tanggung...biar tak makan namun sewa rumah mesti langsai. Justeru, tabungan ASB kian menipis dari bulan ke bulan. Aduh...
Meskipun gaji tinggal beberapa sen sahaja namun aku nekad untuk membeli rumah sendiri walau cik abe tidak setuju. Aku mampu beli rumah teres lot tengah sajer. Bayaran RM330 sebulan selama 20 tahun. Akhirnya pindahlah kami sekeluarga ke rumah sendiri walaupun lebih sempit daripada rumah sewa. Ruang terhad ini memaksa aku menjual set sofa untuk membeli set yang lebih kecil. Kasihan aku kan... Nak tau berapa baki gajiku selepas potong rumah. Lebih kurang RM300.00 sahaja untuk pelbagai komitmen... tapi hidup mesti diteruskan. Setelah 18 tahun hidup kami mulai selesa sikit. Alhamdulillah kerana aku punya keluarga yang bahagia...anak2 yang budiman dan bijak pula.
Syukur Ya Allah!! Terima kasih.
No comments:
Post a Comment