Aku bukanlah penumpang syarikat kapal terbang yang boleh membikin syarikat itu untung. Ini kerana hanya berapa kali sajalah aku berpeluang terbang di awan biru. Kalau ikutkan hati...nak pergi kerja pun nak naik belon. Senang..cepat dan selamat. Cuma yang lecehnya ialah waktu menunggu. Bosan ... namun keterujaan terbang di udara menyebabkan aku selalu nak naik kapal terbang. Rasa thrill sangat masa naik dan mendaratnya. Jangan marah....
Mujur ada Air Asia maka dapat aku merasa naik terbang. Kalau tak...mungkin jalan darat atau jalan kaki saja pilihan yang ku ada. Kesisn haku kan.
Sebenarnya nak cakap pasal LCCT...hari ini hari terakhir operasi penerbangan penumpang, lepas ni kalau tak silap jadi air cargo.
Banyak kenangan manis ku di situ. Memandangkan masa menunggu flight sambungan aku tempah dengan jarak yang lama...sebenarnya reserve untuk delay. He...maka kami anak beranak habiskan masa meneroka dan menggeledah airport itu. Berpuluh2 kali pusing tak sampai masa lagi.
Satu kali tu jumpa seorang lelaki cina yang kelihatan resah gelisah. Dia menawarkan jam tangannya kepada ibuku dengan harga 100 hinggit. Harga asal katanya 1000 hinggit. Entah ye entah tidak. Tak minat...jam pesen lama yang kena kunci pulas tu. Katanya dia nak dari sarawak. Datang kl ke rumah anak. Waktu balik...anak yang kain akan datang bawakan tiket. Tunggu punya tunggu anak nya tak nampak muka hingga waktu berlepas. Dia telefon tapi anak tak angkat. Mukanya sedih masa bercerita dan akupun tumpang sedih. Persepsi negatif kepada anak2nya yang sampai hati buat ayah begitu. Mak aku berikan 20 hinggit untuk makan. Tak taulah benar atau tidak cerita itu.
Cerita seorang budak sekolah rendah yang terlepas penerbangan...
cerita seorang gadis yang cemas kerana pertama kali...
Terima kasih LCCT...
No comments:
Post a Comment