Kelmarin, aku dan geng rumah pergi ke Jabatan Imigresen untuk uat pasport. Saja-saja, manalah tau kot2 nak ke negara2 jiran kalau ada rezeki. Seawal paginya aku bersiap2, ketika sampai parkir masih banyak. Dalam hati yess! sebab dapat parkir dekat. Kompiden jer aku manapak anak tangga.
Mula2 pergi kat kaunter. Petugas mintak nak tengok gambar. Apahalnya, dah memang aku hambik gambar untuk pasport yang sepatutnya aku buat bulan 4 baru ni. Oh... gambar ni tak leh pakai doh. Mesti latar belakang putih. Berkuatkuasa bulan Mei lagi kak. Pulak. Nampaknya aku dan pejabat imigresen tak ngam, sebabnya mesti urusan aku ada2 saja tak kena.
Sebenarnya bulan April lepas, kami sekeluarga ke pejabat ni untuk buat dokumen perjalan ke singapura. Susah payah... sudahlah parking jauh, masuk dalam orang punyalah ramai, nak tengok ruang kosong pun susah. Tiba2 yess... ada tempat kosong. Sedang aku duduk dengan selesanya, tiba2 aku teringat nak keluarkan ic aku dan anak2. Mana eh yang abang punya? biasanya dalam beg buruk aku ni je. Bang, mana ic? tinggal kat rumah. selamba dia menjawab. Ya Allah serta-merta aku rasa sebak dan sakit ati sangat. Tapi masa mengubati segalanya. Makanya kami tak jadilah ke sana. Jimat.
Berbalik ke cerita asal, makanya kami anak beranak bergegaslah pulak ke kedai gambar. Awak kena tukar tudung, pakai hitam. Cina kedai memberi arahan. Masuk bilik tukar tudung aku nampak adalah dua helai tudung.... tapi pesennya kembali ke 10 tahun lepas. Huduhnya.... Hasilnya? aku nampak sangatlah huduh.
Makanya kawan2, kalau nak buat passport kena sediakan gambar ikut spek ya kengkawan supaya tak menyusahkan diri sendiri seperti aku.
SPESIFIKASI GAMBAR
BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA
Sila klik.
No comments:
Post a Comment