Sunday, 21 July 2013

Adik Menjadi Gagah Berpuasa

Hari ni masuk hari ke-13 kita berpuasa. Dua minggu lagi rayalah kita semua. Aku tak sangka anak bongsuku yang manja itu mampu bertahan puasa penuh dari hari ke hari. 

Tapi hari ni, aku bagi cuti kepadanya. Bukan apa, aku nampak dia dah kering semacam aja, maklumlah air ditenguk waktu berbuka dan bersahur saja. Malam tadi pulak mengadu sakit tekak. Makanya, aku sebagai doktor peribadi menggunakan kuasa, beri MC! Kalau esok nampak ok, puasa. 

Berbanding abang dan kakaknya dulu, masa darjah satu dua masih tak mampu berpuasa penuh sehari. Mesti demam. Puasa sehari, demamnya tujuh hari. So...perlahan-lahan, akhirnya bolehlah.

No comments: