Saturday, 8 June 2013

Selamat Hari Lahir Adik

Sudah berbulan adik menyebut2 tentang tarikh 8 Jun. seolah2 baru tahun ni tarikh keramat tu datang. Mungkin tahun ni dia baru sedar akan signifikan  kek dan hari jadi. Anehnya, hari ni dia boleh lupa akan hari yang ditunggunya itu. Makanya aku, abahnya dan kakak yang sentiasa jadi bayang2 aku tu ke kedai kek.

Kali ni aku pilih yang watak kartunlah. Sesuai dengan jiwa raga budak kecik. 
Aku cuma beli kek saja sempena hari lahir budak2 ni. Tak pernah demer ni merasa parti2 aneka menu yang meriah. Tapi rasanya cukuplah sebagai tanda kami mengingati dan sayang, kan?
ala omeinya... selamat hari lahir ke-8 anakku cayang!

No comments: