Monday, 17 June 2013

Nak Pinjam Duit?? Tolong!

Selepas taklimat kelmarin, aku tengok ada 4 miss call. Dengan segera aku menalipon semula sang pemanggil. Aku dengar suara cemas di hujung sana. Ada apa eh? Setelah mendengar cerita sebenar, maka aku pahamlah mengapa dia gundah gulana hati, sekarang penyakit tu dah menjangkiti aku. Grrr...

Rupanya ada orang nak pinjam duit daripadanya. Sepuluh ribu lagi!!! oh tidak... Kalau dia tak ada, maka wabak itu akan terkena padaku. Eeii...ini yang aku tak gemor ni. Mana aku ada duit sebanyak tuh. Andaikata ada sekalipon, ada korang nak bagi PINJAM ke orang sesenangnya? tentu tidak.

Apa yang aku nampak, si nak pinjam tu hidup tak nampak susahpon berbanding kita orang yang kuat berjimat cermat dalam segala segi termasuk air dan api. Hanya udara saja yang aku tak berjimat sebab percuma. OMG. Dari luarannya aku nampak mereka mewah sahaja....kereta Merc, ada orang gaji. Ada Chevloret sebijik. Hidup bertiga saja... alahai orang, pabila susah nampak orang susah jugak untuk didesak bantuan. Memanglah kami ada sikiiiiit simpanan, tapi berbaloilah sebab gaya hidup kami yang kos rendah.

BTW, tolong jugaklah meski dalam jumlah yang sangat kecil demi tidak menghampakan orang. Untuk topup saja, campur2 ngan orang lain. Lagipon, dulu kala dia pon ada membantu keluarga haku. Kira orang berbudi kita berbahasa.


3 comments:

kak ina kl said...

x payah bagi pinjam..suruh ajer jual keta mahal tu

che dai said...

hmmm... hai kak ina.

che dai said...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

duit aku sudah dibayar 2 minggu lepas... dah habis pun. Terima kasih dan usah pinjam2 lagi.