Saturday, 26 January 2013

Seratus Ringgit yang Mencukupkan

Dah berkurun lama aku tak mengapdetkan blog picisan ni. Bukannya talian tenet akun kena potong, tapi aku kurang kuasa nak mengadap pc. Syukur alhamdulillah, aku sihat2 saja. Hamboi... menulis surat tak rasmi ke..

Pertama-tamanya aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak gomen kerana berikan wang bantuan persekolahan untuk semua anak2 sekolah yang warganegara. Aku ada 3 orang anak, makanya dapatlah 300 hatus. Ya beda bedu daa... masa ni aku percaya semua mak bapak nak ada anak seramai2nya. Tak gitu? 

Adik dah merancang2 nak beli basikal baru. Wahai anakku sayang, sehatus tak cukup... banyak kena tambah daripada yang adik dapat. Oooo... nak kumpul ah. Tahun depan seratus dan masa tahun 4 seratus. Dia agak2 sudah cukup tuk beli basikal. Eh... mananya, kata nak bagi kat umi?
Hmm nanti tahun 5, adik beri lah. he. Pandai ye bebudak zaman sekarang merancanng. Rasa2nya tahun depan dapat lagi ke? tungguuu.


No comments: