Tuesday, 1 January 2013

Mulakan Hari Dengan Banjir

Hari ni bebudak sekolah belah-belah sini dah mula. Tapi ada beberapa sekolah yang terpaksa ditutup sebab banjir. Setakat air naik sampai paras tingkat satu tu... kira biasalah. Hari ni jugak pergi hantar kakak awal2 pagi lagi, cuaca masih gelap tambah2 hari hujan rintik-rintik. Maklumlah sekolah baru, kita tak faham lagi tentang peraturan sekolah... tak mo lah awal-awal dah kena cop kaki datang lewat.

Adik pula naik tahun dua, pukul enam setengah sudah siap dan tak sabar2 gesa aku hantar. Amboi dik... awal sangat ni. 

Bagaimana ya anak2 Tahun Satu masuk sekolah... rasanya sudah tidak ada yang paksa emak tunggu tepi kelas. Sebabnya Guru Besar awal2 lagi suruh anak2 bye-bye kepada emak. Makanya, mahu ke tidak terpaksalah emak ayah tinggalkan kawasan sekolah. Bijak juga taktik tu, tapi kenalah pandai main emosi supaya anak2 tidak teringatkan maknya.

Apapon, selamat tahun baharu. Semoga tahun ini penuh wangi-wangian.


No comments: