Hari ni free lagi menfreekan diri. Akak saja ambik cuti... tiba-tiba rasa bersemangat nak kemas rumah sedaya upaya. Dari malam semalam dah start melipat kain. Hoho macam tak percaya je nih. Ok.
Pagi tadi terbangun lewat. Jam 6.47 pagi baru bangkit sementelah lagi encik ayahnya tak ada di rumah. Biasalah ek... dah terset minda nak cuti makanya tidorpon sodaaappp jer. Arhhh cepat bangun dik... sekolah.
Tak sempat mandilah, bersiap nak solat Subuh. Pabila siap... aik sedap pulak anak teruna kecil tu meniarap melukis. Heh... dah mandi ke dok lagi tu?... haha, ada orang lupa hari ni dia sekolah. Terpengaruh ngan mak lah tiu. Makanya hari ni sempatlah akak pakaikan dia minyak rambut agar kemas selalu. Biasanya masing-masing uruskan diri sendirilah. Sama ada pakai minyak ke tidak... sikat rambut ke tidak... tak sempat nak tengok. Teruk... macam anak kecik berpuluh orang. Kiranya estimewa la hari ni kan dik. Hihi.
Selepas hantar dia ke sekolah... aksk teruskan projek. Mola2 basuh dan basuh kain. Ada yang basuh mesin ada yang kena basuh tangan. Baju-baju kurung akak tu kenalah basuh tangan je... kalau idok habislah batu2 intan verlian dan manik manikam yang bertempek tu... nangis oii kalau TERMASUK dalam mesin. Ok sementara tu basuh pinggan yang ada sebiji dia tu. Ok klear. Lipat kain sambil2 edit edit baju2 lama anak-anak. Kiranya nak buang sangatlah sayang macam mendeletekan memori zaman mereka kecil2 tu. Tapi kan... mak je yang duk simpan kenangan tu, anak2nya tidak... buat sepah2 dan main tonyoh je baju dalam lemari. Huhu.
Lagi... sapu rumah... hamboi rajin yang tak pernah ni.
Aik dah pukul 12.28 tengah hari. Projek tengah maju. Banyak kain baju tak setel lagi ni. Masak menu spesial belum mula lagi. Nanti jam 1.15 tunggu adik telefon beritahu sama ada dia nak balik atau tidak. Maklumlah hari ni Rabu masih ada kelas Fardu Ain. Tapi akak suka kalau dia ponteng temankan maknya di rumah. Syhhhh.... dilarang ikut. Haha.
Rumusannya best jugak kalau sehari jadi surirumah sepenuh masa. Tapi gaji kena jalan macam biasa la. Hehe. Nak masak sotong masak merah feveret anak ni...
No comments:
Post a Comment