Saturday, 22 October 2016

Nah... Ubah Wajah Dinding Sekali

Wah wah arivah. Sejak pulang dari melencong ke Langkawi ni... encik abohnya bersemangat betul menempek kertas dinding. Atas dorongan dan motivasi akak jugak tu. By hook or by crook aka paksa redha. Hihi.

 Gambar ni order kat Lazada. Rupa-rupanya warna lukisan ni sangat tenggelam dalam dindingku yang berwarna garang tu. Yalah beli main tengok gambo jer. Justeru akak kena cari altenatif lah. Nak cat baru ke nak letak gambo che ros tu kat lain.

Eh...eh.. mana buleh... gambo tu kena terus terpanah mata apabila pintu dikuak. Mesti...

 Nah tayang pre siap. Meskipun hatiku menangis kerana dinding inspirasi itu telah hilang... namun akak rela. Tak pandai pasang nampak gegelembung. En aboh tanya berapa lama agak2nya duk kat sini kertas ni?... entah... ikut hati mati boss.

 Hmmm tak sabau nak gantung che ros yang menggoda ni...

gud bye kaler pujaanku dari mula duduk rumah ni... tinggal kenangan gagal segala impian. haha

Wednesday, 19 October 2016

Aku Surirumah Sepenuh Masa Seharian

Hari ni free lagi menfreekan diri. Akak saja ambik cuti... tiba-tiba rasa bersemangat nak kemas rumah sedaya upaya. Dari malam semalam dah start melipat kain. Hoho macam tak percaya je nih. Ok.

Pagi tadi terbangun lewat. Jam 6.47 pagi baru bangkit sementelah lagi encik ayahnya tak ada di rumah. Biasalah ek... dah terset minda nak cuti makanya tidorpon sodaaappp jer. Arhhh cepat bangun dik... sekolah.

Tak sempat mandilah, bersiap nak solat Subuh. Pabila siap... aik sedap pulak anak teruna kecil tu meniarap melukis. Heh... dah mandi ke dok lagi tu?... haha, ada orang lupa hari ni dia sekolah. Terpengaruh ngan mak lah tiu. Makanya hari ni sempatlah akak pakaikan dia minyak rambut agar kemas selalu. Biasanya masing-masing uruskan diri sendirilah. Sama ada pakai minyak ke tidak... sikat rambut ke tidak... tak sempat nak tengok. Teruk... macam anak kecik berpuluh orang. Kiranya estimewa la hari ni kan dik. Hihi.

Selepas hantar dia ke sekolah... aksk teruskan projek. Mola2 basuh dan basuh kain. Ada yang basuh mesin ada yang kena basuh tangan. Baju-baju kurung akak tu kenalah basuh tangan je... kalau idok habislah batu2 intan verlian dan manik manikam yang bertempek tu... nangis oii kalau TERMASUK dalam mesin. Ok sementara tu basuh pinggan yang ada sebiji dia tu. Ok klear. Lipat kain sambil2 edit edit baju2 lama anak-anak. Kiranya nak buang sangatlah sayang macam mendeletekan memori zaman mereka kecil2 tu. Tapi kan... mak je yang duk simpan kenangan tu, anak2nya tidak... buat sepah2 dan main tonyoh je baju dalam lemari. Huhu.

Lagi... sapu rumah... hamboi rajin yang tak pernah ni.

Aik dah pukul 12.28 tengah hari. Projek tengah maju. Banyak kain baju tak setel lagi ni. Masak menu spesial belum mula lagi. Nanti jam 1.15 tunggu adik telefon beritahu sama ada dia nak balik atau tidak. Maklumlah hari ni Rabu masih ada kelas Fardu Ain. Tapi akak suka kalau dia ponteng temankan maknya di rumah. Syhhhh.... dilarang ikut. Haha.

Rumusannya best jugak kalau sehari jadi surirumah sepenuh masa. Tapi gaji kena jalan macam biasa la. Hehe. Nak masak sotong masak merah feveret anak ni...




Monday, 17 October 2016

Lama Tak Jumpa

Assalamualaikum wbt...
Hai lama tak jumpa
Kini bersua
Kusukakanmu
Kau suka padaku... hihi ... semalamkan zur eda ada dalam Gegar Vaganza tu.

Haha... berkelapangan benor akak pada hari ni eh. Gumbira jek. Memang hari ni agak lapang walaupun hari-hari akak sentiasa melapangkan diri. Merapu.

Sebab lama tak mengendap blog ini, maka akak mulakan dengan adegan makan-makan supaya segar bugar dan bertenaga kita. Hmmm.

Kelmarin akak ke Aeon Kota Bharu. Motip nak beli kertas dinding. Asyiknya rumah orang je dok tayang wall paper, maka haruslah rumah akak pon berwall paper jugak. Worldwide trending.... haha melampau.

Tapi sayam tak banyak pilihan... namun ulang namun gulungan kertas dinding mestiku miliki. Hai... kuat azam dan tekad mengalahkan nak dapatkan segulung ijajah pulak. Over.

Restoren Jedah
Lokasi : Lundang, Kota Bharu

 Tiba-tiba nampak budak ni berisi dan encem. Ngeh2...

 Order nasi mandy kambing. Ish ish air liyo tu kontrol sikit. Wahai sedapnya.

 Set sekali air. Pilihan teh o pudina atau jus oren. Orang tua teh o perasa ubat gigi Darlie lah kan...


High recommend lah. Sedap. Harga agak high jugaklah. 3 set dalam 70.00 hinggit. Berbaloi-baloi baloi. Insya-Allah datang lagi.