Saturday, 11 June 2016

Jalan2 Melaka; Hallmark Inn

Sempena cuti sekolah nan dua minggu ni, of koslah ibu bapa yang merancang untuk membebaskan fikiran sendiri dan anak- anak dengan bercuti-cuti Malaysia kan. Memang Malaysia tak kurang... best dan bangga jadi rakyat Malaysia. Syukur.

Kali ni Melaka jadi pilihan walau dah banyak kali ke sini rasanya. Memang mengujakan. Melaka Maju, Negeriku Sayang... lebih kurang moto patriotik yang adaaa jer kat mana-mana. Bijok ah pemimpinnya menyentuh hati rakyat marhain. Tahniah orang Melaka.

Kali ni nak cerita pasal hotel Hallmark Inn. Pilih punya pilih, nekad ambik yang ni. Lokasi dalam 700 meter dari pusat bandar. Agak jauh sikit. Sebenarnya banyak je hotel yang betul2 di bandar tapi tinggal yang mahal2 dan yang bajetnya dah penuh. Ada kuasa nak bayar mahal-mahal semata2 nak tumpang tidor?... hehe... kata je tak mampu.... senyum...

😢😢😢 gambo hotel tak ambik pulak.

Yang best kat sini ialah bilik yang besar dan selesa. Ajak tempah ikut agoda dapat anggaran rm80 rasanya. Makanya tempah 2 bilik. Dengan tempat parking yang selamat terletak di belakang hotel. Kat sini jangan tersalah pilih hotel ye adik2... nanti nak parking pon susah, rasa tak selamat nak park kereta depan jalan yang sempit tu dengan pelancong yang tak putus2... dari aspek privasi rakyat Melaka khususnya di tempat tarikan pelancong sudah hilang tapi dari segi ekonomi usah nak ucaplah... mencanak2 graf.

Dari hotel ni jalan kaki ke pusat bandar dalam 10 minit lah... kalau merangkak tu agak2 sendirilah ye. Tak rugi jalan kaki menyusuri Sungai Melaka.











No comments: