Kecintaan akak pada si anggerik memang sudah lama bermula. Paling murah RM5 dan paling mahal 80 hinggit masa tu yakni sepuluh tahun lepas. Memang tak tahan tengok bunga-bunganya yang indah nian di nurseri. Tapi malang apabila dibeli... susah sangat si dia nak membalas kasih sayangku. Kiranya bertepuk sebelah tangan lah.
Hokey berbalik pasal kisah kepergian ke nurseri idaman suri malaya ni. Sebelum balik, akak singgah di Sungai Buloh... sebenarnya bukan singgah, memang sengaja menyimpang untuk mewindow soping bebunga di sini.
Wow... terujanya nak eksplor sini
Singgah kedai ni... tak banyak orkid. Beli pasu orkid made in buah kelapa ni. 10 hinggit satu. Sudah ternampak2 betapa cantiknya bunga orkid parking di dalamnya. Arghh...
Sesampainya ke sini... hujan selebat-lebatnya. Lama jugak lepak king kat sini sementara hujan reda. Akhirnya mek ni bagi pinjam payung untuk hantar akak ke kereta. Mungkin dia dah nyampah dengan pelbagai soklan yang aku tanya tentang bunga2 kat situ.... sorry gurau jer. Bukan begitulah... dia kasihan kat akak sebab nak balik jauh lagi, apatah encik drebar yang ditempah khas itu sibuk mengajak balik... datang lain kali katanya. Uhhh bila tuuu??? Tidak... tidak kena selesaikan misi hari ini jugak wei.
Apapun terima kasih banyak nyonya yang baik hati. Semoga puan beroleh hasil yang banyak.
Ini hasil perjuanganku hari ni. Dulu pernah ada jenis ni tapi sudah arwah dikerjakan sang kera yang suka bertandang ke rumah haqu. Harga RM25 tak diskaun langsung.
Yang ni akak beli. RM70 sesudah sehabis tenaga menawar. Dalam hujan pulak tu. Huhu... oh hujan di antara air mataku menitis laju sebab kopak lah dompet buruk aku. Pokok pun tak berapa nak sihat ala2 hidup segan saja. Tumbuhlah dikau...
No comments:
Post a Comment