Friday, 14 August 2015

Kalau Terpaksa Berdikari... Rupanya Boleh Sajer

Hai macam statement orang merajuk aje. Hehe tidak. Sekali sekala tu kena latih diri untuk selesaikan urusan kita sendiri. Beberapa menjak ni aku rasa stress dan sibuk sangat. Rasa nak pergi ke hutan menikmati segarnya alam indah... rasa nak ke tepi sungai... ke laut ke. Atau rasa nak naik flight semata-mata nak tengok awan gemawan nan memutih itu. Aduhai... Bestkan kalau dapat ke semua tempat terapi minda itu.

Hari ni aku releasekan diri untuk buat rutin sendiri. Bertemankan si bongsu itu, pagi2 lagi aku ke pasar. Beli daging untuk sediakan menu sup tulang spesel untuk jamuan tempat kerja. Sedap sangat kalau pakai daging tempatan segar bugar ni. Lepas ni dik... kita ke Pasar Besar Mydin untuk beli tulang. Aku suka beli tulang rusuk kat Mydin berbanding pasar sebab lebih banyakkk daging. Alhamdulillah dapat kerana aku sampai beberapa minit sebelum dibuka. Kiranya dapat alu-aluan daripada pekerja kat situ. Tak ader ke gula percuma ke... ribena ke. Hehe...

Ada lagi urusan dik cayang ei. Pas ni kira gi bayar ansuran kereta umi ye. Segalanya lancar tapi parking kena blok kereta orang la.  susah juga. Okay... adik turun tengok sama ada ramai ke tidak orang beratur kat mesin tu deh. Terfikir jugak suruh jer adik bayarkan tapi nasib baik aku cepat waras. Apa jadi kalau adik diculik... disamun. Eeeeiii meraung karang.

Hokey adik tunggu dalam kereta ni... kalau tuannya nak keluar, adik panggil umi... sebelum tu kunci dulu ya deh. Lepas tuuu... tengoklah nak alih kereta atau tidaknya. Huhu... jahat tu. Namun tidaklah aku berniat untuk berbuat demikian.

Namun nampaknya bayar kereta tertangguh jugak sebab mesin rosak. Itu pasal tak ada orang que...

No comments: