Nak dijadikan cerita yang boleh memperkayakan entri blog haku yang kian bersesawang ni...
Suatu hari anak bongsu manja ni dilanda sakit perut dan muntah2. Sejak dari pukul dua pagi adik berulang ke bilik kecik. Alahai kesian. Sebagai tok bomoh kat rumah... aku bancuhkan dia air teh kelat. Tradisional punya petua kan. Hingga ke pagi masih belum kurang. Akhirnya sebagai mak yang prihatin, aku mesej kepada bos bahawa aku lambat sikit masuk kerja. Kalau perlu aku cuti aje lah.
Oleh kerana nak cepat, aku memilih untuk ke klinik swasta yang lebih kurang 7 km dari rumah. Kalau nak kira duit tak berapa nak ada. Haha. Makanya pergilah aku awal-awal supaya dapat giliran pertama. Ok.
Sesampainya... tengok notis; dibuka kul 8.00 pagi. Ah...dekat dah. Lega. Hampir 8.30 pagi datanglah perempuan muda nak buka pintu klinik. Hai... lambat hari ni. Kunun2 ramah aku menyapa. Akak nak jumpa doktor ke? Dia tanya. Of course la sebab kalau nak jumpa pawang aku tak ke sini. Rupanya doktor masuk kul 11.30 pagi. Alahai...
Tak per dik... kita pergi ke klinik yang satu lagi tu. Kesian sangat aku tengok adik yang hanya berbaring di bangku sebab tak bermaya. Opss... doktor ada kul 9.30 pagi kak. Lagi... sabor ye. Ada satu lagi klinik swasta kat sini. Tapi tutup pulak. Huhu... sabor je la. Pas tu?? Pas tu terpaksalah balik ke klinik kerajaan yang dekat saja dari rumahku. Ramai pun ramailah.
Disebabkan lama menunggu di klinik dibuka tu... adik mengeluarkan dialog drama ni... umi, Doktor Mahathir ada lagi ke?. Ada... jawabku kepelik-pelikan dengan soklan pengetahuan am tu. Berdebar jugak aku... janganlah adik terbuang tabiat.
Tiba-tiba... jom kita ke Klinik MAHA... ajaknya serius. Hahaha... pecah tawaku. Amboi... jauh tu dik. Kliniknya kat Kedah. Dalam lesu tu pun masih sempat berfikir. Tapi best jugak, kan doktor tu bagi percuma je kepada pesakit yang tak mampu.
Hahah... inilah yang mempengaruhi pemikiran adik. Beli kat KLIA. Dalam flight adik kusyuk membaca hinggakan ditegur penumpang sebelah... buku teks sekolah ke tu. Agaknya dia terheran sebab ada budak yang asyik-maksyuk baca kartun biografi tokoh negarawan tu. Hihi.
Kebetulan tak ada orang lagi. Justeru boleh jer nak menguasai semua kerusi tu.
Adik bernasib baik kat sini rupanya.
Tapi kan... terkejut sangat. Sampai-sampai saja terus dilayan oleh kakitangan yang prihatin lagi bertanggungjawab. Terharu dan terima kasih sangat. Lepas ni... klinik kerajaan nombor satu di hatiku.
Oh ya... Klinik MAHA tu buka lagi ke. Kalau ada hendak jugak aku menengoknya andai kebetulan ke Kedah suatu hari nanti.