Friday, 20 February 2015

Penatnya Kemas Rumah

Tajuk macam best dan rajin bunyinya. Rumah aku.... aihh tah layak ke tak nak dipanggil baiti jannati. Maluuu... kain baju tak pernah habis berlipat malah menambah timbun setiap hari. Debu sawang suka pulak menempek meski rumahku jauhhh dari jalan. Alahai... sibuk benar ye aku suomi isteri. Sibuk sangat tu tidak akan tetapi balik kerja sudah tak bermaya masing2nya

Memandangkan hari ni cuti Gong Xi Fa Chai... maka aku menggagahkan seluruh rohani jasmani untuk mengemas!!!Yezzz MENGEMAS!! Walau camanapon gunung gunung kain ni mesti kulipat habis. Soal cantik atau tidak lipatan sudah aku tak kesah. Almaklum masa muda aku amat cerewet soal saiz lipatan. Mesti nak sama besar jerr....

 Nilah tempat aku melonggok kain yang diangkat dari ampaian. Sofa buruk tu terpaksa pindah dari ruang tamu. Motip? Nak beli sofa baharu ke?? Ehh idaklah. Kan sudah clear. Maka visi dan misi doktor ku hari ini tercapai. Tahniah untuk diriku. Atas rak teve bukan objektif hari ni hokay.
Ni ada sket lagi. Lu lepak sini dulu ye.

Kiranya okey jugaklah kan sentuhanku menukar ruang keluarga yang bersepah tu menjadi ruang tamu seadanya. TINGGG!! Bertukarrr.
Ni sebenornya akan kemenjadian aku terpaksa mengerah kederat. Sebab nak pecahkan dinding ni untuk besarkan sikittt ruang tamu. Tulah sebab asbabnya....hehe bukannya ikhlas sangat. Oh ye... langsir tu memang satu set ngan sliding tu, tapi apabila aku naik jemu... maka ku gantungnya saja dengan langsir corak-corak. Kira mecing. Idea kekreatifanku menghias memang bad...

Kiranya hari ni aku bersedia untuk terima tetamu yang datanglah. Kalau selama ini aku berat sikit kalau ada yang tiba2 menerjah, sebab takut tak sempat sembunyikan kain baju tu... hehe. Sila masuk....

No comments: