Sudah dua tiga menjak anak bujangku meroyan nak beli gitar. Haper??? Awak nak jadi ahli musik.... hok alah dialog tu lagi. Belilah wahai anak sementelah lah dia nak guna duit sendiri. Kalau dia nak beli i-phone tu aku tak setujulah sebab tak ada keperluan selain nak bergaya dan menunjuk2... riak.
Almaklum orang dah kerja sementara jadi waiter kat kedai roti tempayan... nanti result keluar, kalau bagus masuk u, kalau tak jadilah toke roti tempayan ye. Berdebar jugak aku menunggu 3 Mac di mana keputusan SPM diumumkan. Oh ye... aku dah mohon cuti.
Hari ni aku berempat ke Kota Bharu. Di samping pergi kenduri sedara... maka aku merewang2 ke pasar raya2 untuk mencari gitar. Misi pertama KB Mall. Kuciwa.
Misi kedua ke Billion...
Langkah bergaya ala model terompah kayu gitu...
Budak ni tiba2 jadi ultraman nak habis bateri.
Hahhh... huhhh... jantung abang berdegup kencang. Dup dup debuk.
Taraaaa.... sini rupanya kau lepak. Apalak duk kat kedai buku?? Nanti Kamus Dewan marah...
Aku menyanyi...kau petik gitaarrr senandungkan rindu...
Gigih berlatih macam esok nak buat show. Di ambang Wati.... bersama gitar kapok...kau kurindu...woooh woohhh...Awie...
Friday, 27 February 2015
Friday, 20 February 2015
Penatnya Kemas Rumah
Tajuk macam best dan rajin bunyinya. Rumah aku.... aihh tah layak ke tak nak dipanggil baiti jannati. Maluuu... kain baju tak pernah habis berlipat malah menambah timbun setiap hari. Debu sawang suka pulak menempek meski rumahku jauhhh dari jalan. Alahai... sibuk benar ye aku suomi isteri. Sibuk sangat tu tidak akan tetapi balik kerja sudah tak bermaya masing2nya
Memandangkan hari ni cuti Gong Xi Fa Chai... maka aku menggagahkan seluruh rohani jasmani untuk mengemas!!!Yezzz MENGEMAS!! Walau camanapon gunung gunung kain ni mesti kulipat habis. Soal cantik atau tidak lipatan sudah aku tak kesah. Almaklum masa muda aku amat cerewet soal saiz lipatan. Mesti nak sama besar jerr....
Nilah tempat aku melonggok kain yang diangkat dari ampaian. Sofa buruk tu terpaksa pindah dari ruang tamu. Motip? Nak beli sofa baharu ke?? Ehh idaklah. Kan sudah clear. Maka visi dan misi doktor ku hari ini tercapai. Tahniah untuk diriku. Atas rak teve bukan objektif hari ni hokay.
Ni ada sket lagi. Lu lepak sini dulu ye.
Kiranya okey jugaklah kan sentuhanku menukar ruang keluarga yang bersepah tu menjadi ruang tamu seadanya. TINGGG!! Bertukarrr.
Ni sebenornya akan kemenjadian aku terpaksa mengerah kederat. Sebab nak pecahkan dinding ni untuk besarkan sikittt ruang tamu. Tulah sebab asbabnya....hehe bukannya ikhlas sangat. Oh ye... langsir tu memang satu set ngan sliding tu, tapi apabila aku naik jemu... maka ku gantungnya saja dengan langsir corak-corak. Kira mecing. Idea kekreatifanku menghias memang bad...
Kiranya hari ni aku bersedia untuk terima tetamu yang datanglah. Kalau selama ini aku berat sikit kalau ada yang tiba2 menerjah, sebab takut tak sempat sembunyikan kain baju tu... hehe. Sila masuk....

Saturday, 14 February 2015
Kerabu Mi Segera Mudah
4 bungkus mi ruski perasa tom yam
3 bungkus perencahnya
Seketul daging direbus dan dihiris nipis
1/4 biji kobis kecil dihiris nipis
1 biji tomato dihiris nipis
1 biji karot kecil dihiris halus
1/2 labu bawang besar dimayang halus
Cara
1. Rebus daging. Tuskan. Simpan air untuk dibubuh dalam kerabu.
2. Celur mi dan tus. Sejukkan.
3. Gaul sayur mayur bersama rempah2 perasa tu.
4. Masukkan mi yang telah sejuk. Gaul sebati.
Subscribe to:
Posts (Atom)