Geng yang kebetulan lalu untuk balik kampung. Treima kasih bebanyak. Nanti akak doakan awak tambah anak yer?? eehh doakan agar dapat pergi Mekah jugak. Okkay.
Oh ya, kalau flight kul 3.00 petang tu memang tak sempat lah nak solat di surau airport KLIA tu. Kang tak pasal2 kena tinggal kapal terbang pulak. Nangis kau. Makanya, dinasihatkan agar ambil wuduk siap2 ketika merewang tu. Lepas tu solat jamak di transit (lepas naik tren tu..) sebelum naik flight. Memang ramai orang bersolat kat sini.
Penting cari kasut yang selesa untuk menunaikan Umrah kerana kena banyak jalan kaki kan.
Nilah dia Saudi Arabia Airlines yang aku nak naik sangat tu. Nanti diceritakan apa yang ada.
Nasib baik dapat duduk sebaris.Dalam kapal besi ni merentas benua, perasaan jadi tak tentu hala bagi pengembara daif cam aku. Namun, kena solat juga walau di mana berada selagi waras. Solat hormat waktu. Tapi aku masih ikut waktu Malaysia lah. Caranya solat d tempat duduk. Nanti sampai destinasi kena gantilah kecuali kalau anda ada wuduk masa solat ni.
Ni teve lah. Boleh tengok movie, game budak2 dan dengar orang mengaji al-Quran. Aku suka tengok peta perjalanan nih. Maklum tak pernah merasa naik pligt lama-lama. Jauh juga Kuala Lumpur ke Jeddah yek. Kalau direct 8 jam lah lebih kurang masanya dengan kelajuan mencapai 1000 kilo perjam. Ketinggian pulak mencecah 35000 kaki dari laut. Eiii tatutnya... Harap2lah kami semua sekapal ni selamat sampai dan kembali. Amin.
No comments:
Post a Comment