Saturday, 15 February 2014

Tukar Yes..Yes.

Hari ni hari apa ye? Oh Hari Kekasihhh. Ramai yang abadikan tarikh ni untuk menikah, bersanding dan pelbagai. Tapi bagi aku, tak ada maknanya tarikh ini. Itukan budaya Barat, mereka raikan atas sebab-sebab tertentu. Justeru kita tak perlu ikut tanpa faham apa yang tersurat dan tersirat. Nak tahu apa? sila rajin-rajinkan jari jemari menggoogle. 

Apapun, aku ke PC Fair di TTC. Aku cari booth Yes. Biasanya kat fair cam gini ada promosi kan. Aku beli modem Yes Unlimited percuma dengan bayaran bulanan RM79.00 kontrak selama 2 tahun. Aku terpaksa selingkuh dengan broadbandku kerana dia sudah tidak cekap berkhidmat. Bayar hampir sama setiap bulan.

Dengar cerita, Yes ni bagus dan laju. Teruja gaks. Le ni, anak beranak sibuk berwasap dan berwifi. Hamboi... jangan salah guna sudah, kang aku terminate, nyesal.

unlimited warna putih.

Sebelum beli dan daftar, kena check liputan kampung kita ada ke tidaknya. Kang jadi sampah masyarakat pulak kat rumah sebab tak der coverage. Daftar RM150.00 sekali bayar saja. Bawa balik, plug in dan mulalah berlayar dengan efisyennya....


No comments: