Hari ni aku ke sebuah pejabar kerajaan, nak hantar borang permohonan. Nak elakkan kesilapan aku senang menghantar ke tangan saja. Sebabnya akan disemak taim tu jugak. Kalau ada salah, boleh diperbaiki. aku tak kisah andainya kena datang berulang kali. Itukan semua proses untuk pengalaman baru.
Masa aku masuk ke kawasan jabatan, aku mendapat kerjasama yang sangat2 baik oleh stafnya. Rasa kagum! tak habis2 aku memuji betapa berkesannya piagam pelanggan jabatan ni.
Sebaliknya pabila ku masuk ke dalam pejabat berkenaan. Ramai kerani/pembantu tadbir yang berkumpul bersembang dan bergelak. Nampak sangat tak ada kerja... lebih baik dinyahkan saja..ha..ha.. (aku tahu diorang tu kerani sebab dia kata borang aku tuh komplit, cumanya nanti akan disemak oleh pegawai). Sempat lagi mensendakan aku yang bertanyakan tentang tempat yang harus aku tujui. Kalau aku biasa datang sini, aku tak dernya tanya2 lagi, terus masuk masuk dan hadap muka pegawai lah. Bengkek. Apapun, aku tak maksudkan jabatan2 lain ye.
Begitulah biasanya, apabila berhadapan dengan orang seperti mereka itu, kalau kita nampak lemah lembut dan bersopan santun, kita akan dilayan seperti orang bodoh. Heh. Berbeza kalau kita datang dengan wajah serius. Sebenarnya aku pun heran, ngaper aku so meners today. Ha...ha. Sabor je lah.
No comments:
Post a Comment