Salam MERDEKA! biarpun lambat.
Biasanya pada hari merdeka, aku paksa anak2 mengadap teve. Motipnya? adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sambutan Merdeka. Manalah tahu... kotnya kluar dalam peperiksaan. Heh... berpikiran jauh betul aku kan. Tapi kali ni, aku tukar acara pulaks. Pagi2 lagi aku bersiap untuk pergi belajar buat kek cawan. Meski musim cup cake dah reda, tapi aku kena pegi jugak.
Sebenornya aku bukan nak belajar sangat sebab dah teror. alahh...kek bakul lagikan aku reti, ni apatah lagi kek cawann... huh, semeset. Tapi kan, aku saja2 temankan anak daraku. Biar dia terbuka sikit mindanya bahawa rezeki Allah itu banyak cabangnya. Lagipon, konpim dia suka main dengan krim berwarna warni. Dok gitu kak??
Makanya, hari tu kami pulang dengan banyak kek yang dibuat oleh cikgu. Nampaknya cikgu yang tambah pandai. Esoknya suruh anak2 bawak ke asrama. Sapa nak makan kalau tinggal kat rumah.
Kali lain aku masukkan gambar sebagai bukti dan eviden. Ha.
Kali lain aku masukkan gambar sebagai bukti dan eviden. Ha.
No comments:
Post a Comment