Monday, 28 May 2018

Rumah Sewa Harian BAJET

Iklan sikit... kot2 ada yg terjumpa. Hmmm
Bismilahirrahmanirrahim.

Lokasi : Rumah Teres Setingkat
               Ajil, TERENGGANU
               RM65 semalam

PROMOSI RAYA 2018
RM55 semalam. MURAH TU BOHHH!!

Kemudahan :
BASIC (air api of course laa)
Setiap bilik ada kipas.

 1 Katil queen

 Kerusi antik ni... haha. Bolehlah paking punggung sementara nak tidur.


 View dari luar. Rumah teres kos sederhana. Nak tidor je kan... kalau nak berehat2 dalam bilik moleklah duk hotel star-star lar kan...

 2 katil bujang. Tilam belum posing lagi.

Gambar dari dalam rumah. Gambar jadi gelap sbb tepon murah. Huhu.

Lokasi strategik:
10 km ke Kuala Berang
30 km ke bandar Kuala Trg
40 km ke Tasik Kenyir
30 km ke Air Terjun Sekayu
8 km ke Hospital Hulu Terengganu
10 km ke Politeknik Hulu Terengganu
15 km ke SM Sains Hulu Terengganu
15 km ke MRSM Kuala Berang
1 km ke Kompleks Pertanian Ajil
2 km ke SK Bukit Perah

Berdekatan dengan
Kedai makan chicken chop Ajil (rekemen)
Kedai roti tempayan
Pasar raya mini
Klinik 1 Malaysia
Pasar


Sunday, 13 May 2018

Orkid Rhy Putih Sihat Subur

Kata minat okid. Memang ye pon... tahun 2017 kegilaan pada orkid2 ni berganda2. Sejak media sosial rancak dan berpengaruh. Okay.
Ni orkid rhy gigantea. Nama penuh sori ah tak tahu. Bunganya putih cantik. Melihatkan pokoknya yang subur... tengok daun tuu tebal, hijau dan lebar menyebabkan che berani menerai masuk pertandingan orkid secara online je. Hehe tu pon sohor ye. Haha... sila gelak.

Pemenang berdasarkan like tertinggi. Haha. Pokok tak berbunga mana dapat tarik like. Tapi okay lah jugak jadi top 10... syyy... sebab penyertaan 10 orang jer kot. Kwang2.

Bye.


Friday, 11 May 2018

Innalillahiwainnailaihirojiunn Budak Smart

Assalamualaikum Sofian...


Che kenal budak ni masa dia kecik2 lagi. Hampir 20 tahun lebih tak dengar kabar. Jumpa lagi lah tidak. Namun nama dan rupa comel... kemas dan cleannya diingati.

PRU14 2018... che kembali ke kampungnya sebagai petugas. Dikhabarkan tentang berita sedih itu. Lama sudah dia meninggalkan kita yaitu pada tahun 2013 lagi. Tis tis...

Allah mentayangimu anak.
Alfatihah untukmu. Semoga rohmu bersama para solehin di sana. Insya-Allah.

Ayah Malaysia Kembali

 Kasih sayang di mana2 jua. Biar susah, sakit, jatuh dan bangun. Kagum dengan wanita ini. Lelaki hebat disokongi wanita hebat. Woww sangat.

 Suka gambar nim.
Membesar dalam pemerintahannya. Kini seperti ayah Malaysia pulang. Sejak kelmarin baru boleh dengar namanya disebut dengan lunak di tv dan radio seperti 15 tahun dulu. Syukur alhamdulillah.

Sebenarnya sudah lama tak buka berita tv3. Tak ada yang baik tentang Mahathir. Tak sanggup dengar.

Ya Allah periharalah Malaysia. Berilah kesihatan fizikal dan minda pemimpin ini demi membawa negara ke arah yang terbaik. Maju, makmur serta islamik. Allahu Akbar.

Thursday, 10 May 2018

TAHNIAH! Jiwa Bangsa Bersamamu

Tahniah kerajaan baharu. PH.
Tahniah Tun sebagai PM ke 7.

 9 Mei PRU 14. Che bertugas. So che undi pos. Jari tak celup dakwat itam lah.
 Mai mai semak nama dulu ada ke tak. Saluran ikut usia ye. Yang muda saluran 3.
 Macam biasa maklumat media sosial sebagai makluman awal. Tak leh caya sangat.
 Dulu kini dan selamanya... semoga Tun diberi kesihatan tubuh badan dan minda untuk membantu rakyat Malaysia tercinta.
Lagi... daripada tak ada info langsung. Rujuk sini dulu.

Sunday, 6 May 2018

Yang Indah... hmmm

Cantikkan bunga2 okid ni.































Beriyani 40 Hari

Nama sedap. Pelanggan punyala ramai dalam kedai... tapi che baru baik demam. So semua benda pahit. Huhu
 Nah... rasa nak nangis. Bila pulok boleh rasa nasik ni. Lokasi Johor. Cuti sekolah baru ni jalan2 bawa anak rumah adik.
 Harga RM39 setalam. Boleh makan 4 lima orang. Banyak. Boleh juga beli dalam pinggan tapi agak lambat. Harga tak ingat semenjak berada di Ambang Wati ni.
Cakkk aa...