Saturday, 28 May 2016

Introduce... orkid baruu

Assalamualaikum... selamat malam. Rindu yang amat nak abadikan sesuatu di ruang maya ini. Tapi tidak terbuat juga sebab malas naik menaip dari hp ni. Sebab? Sejak mengambil gambo guna fon ni malas nak memindahkan nya ke pc. Terus memblog dari hp. Boleh dibayangkan betapa gigihnya menaip guna jari2 yang besar dan kasar di keybod yang halus mulus ni. Kiranya dirgahayu sangatlah apabila siap sesebuah cerpen ni. Gitula...

Namun keterujaan akak pada orkid dan pasu-pasuan op kosnya tak dapat nak lari. Kalau ke Perak tu sentiasalah rajin ke nurserinya kot-kot ada yang berkenan serta berpatutan reger. Ahai bukan banyak pon belinya... sebiji aje. Paling ganaz pon 2 biji. Hok alohh. Ya la... keretaku hanya berbonet kecikk. Masa ni la best kalu ada suv kan.

Tapi beberapa hari lepas akak terjumpa nurseri yang jual pasu tempayan yang cantik ni. Mestilah dirembatkan sebelum orang lain nampak. Haha... melampaunya.

Tapi bukan nak cerita pasal pasu atau tempayan besau tu. Kali ni nak introdius 3 jenis orkid koleksi baru. Nama tak dan nak gugel lagi.

 Cantik sangat kan. Dibeli hasil hasutan tuan nurseri yang bersungguh-sungguh mewarning aku... kalau awak tak beli rugi.

 Orkid hutan Burma katanya. Ye ke idok ni...
Dalam satu jambaknya ada beberapa kuntuman kecil. Warnanya yang terang menggoda haku. 

Waduhhh... sila terpesona ye.