Wednesday, 20 November 2013

Kisah Pokok Epal dan Kisah Aku

Kisah ini biasa dibaca, cumanya jarang dihayati. 

" Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan".

Kisah aku

Aku tahu mereka tidak gembira dengan usahaku yang sedaya upaya memperlengkapkan mereka menjadi insan. Sedang sedar, aku yang akan menjadi pokok itu jua.

Tuesday, 19 November 2013

Suka Ngan Aisyah Aziz AF



Ahad lepas sempatlah aku melepak tengok AF akhir. Selama ni aku tak berapa prihatin ngan rancangan teve ni. Kalau budak2 terbuka, maka tertengoklah aku hingga terpaku di lantai. Suka aku tengok dengan bakat budak2 fresh ni. Semuanya berbakat besar.

Dalam enam orang tu, pada aku si Indah paling berkuasa... tapi aku suka ngan Aisyah yang nampak bersahaja dan pasrah. Suaranya lunak mersik... sesekali cam Yuna lah pulak. Rupanya ada iras Syafinaz dan Noryn aziz ( ke beradik-beradik jugak?)

Hari ni baru aku tahu, laaa adik Aliff Aziz ropanya. Ingat gadis kacukan mana.

Semoga Aisyah bakal cemerlang dalam bidang yang diceburi. Jaga peribadi biar secantik raut wajahmu.

Wednesday, 13 November 2013

Mandi @Gambang

Saper tak mandi lagi petang ni?? ha..jom ikut aku mandi kat gambang Water Park. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam dari tempat aku. Nak masuk kena bayar tiket lah. Nampaknya kunjungan aku kali ni dalu-alukan dengan tambahan 4 hinggit lagi untuk tiket masuk. Wah! banyaknya naik harga. Tiket kanak2 RM18.90 dan dewasa RM25.90. Tambah makan RM3.90. Kopak jugaklah... Namun disebabkan nak bergumba-gumba dalam air cam badak air yang gemuk, maka kena berkorban apa sajer.
 mula-mula kena pose kat sini dulu sebagai bokti sahih.
masuk kat dalam, kalau nak sewa2 aneka pelampung dan kabana, ni harganya... 
kalau nak main gelungsur tinggi tuh, kenalah sewa tube yg 20 hinggit.
you touch you pay... ha.
 cantik eh. Pondok ni 50 riyal. 
Rasanya kalau musim orang tak ramai, boleh je kot ceroboh tanpa sewa. Kan?
 nasi minyak ni sedap jugaklah. Aku suka. Macam biasalah, ayam tu untuk orang lain. 
Aku makan kuaaah jer. Kuaah jer.

 mandi manda tak hingat. Masa ni lah nak guna skil berenang-renang yang aku masuk kelas renang dulu tuh. Wah!! adik kata aku brenang macam ultraman (dengan gaya buruknya...)
meh balik la...

Sunday, 10 November 2013

Cuti Malaya dah Dekat, Yeaah

Tak lama lagi anak-anak akan bercuti panjang lebar. Takkan nak biarkan mereka mengilang air liyo basi aje. Satu pantang yang teramat bagiku kalau anak bangun lewat. Pasti suara bulu perindu garau, gemersik dan merduku akan terdengar membelah keheningan pagi. Wah!! takutnya... Sesekali tu okay lah jugak.

Sebabnya anak-anakku cayang, waktu pagi amat mendamaikan jiwa, otak jadi tajam berkilat, badan segar dan hari menjadi panjang. Makanya, banyaklah benda yang boleh dibuat. Contohnya mengaji. Lepas tuh tulun emaknya ni menjemur baju, sapu halaman serta bermain-main bagi mencergaskan tubuh badan. Pas tu, kita sarafan bersama-sama sama ada hasil kerajinan abahnya membeli di gerai atau hasil air tanganku yang lazat hingga tak terkatakan. Ping...pengsan.

Kalau gi jalan2 round Malaya pun best jugak. Masalahnya kalau start hujan turun... kalau banjir apatah lagi. Duk mendagu kat rumah lah nampaknya. Bagus jugak. Hah! dapat idea, apa kata cuti sekolah ni kita dera budak-budak tu mengemas rumah sekemas-kemasnya. Saper tak setuju? Kakak, abang atau adik... Ada bran?





Friday, 8 November 2013

Dapat Suratpun Suka ke?

Kelmarin, abah hulurkan dua surat. Hah surat? sebenarnya sesuatu yang mengujakan kalau posmen singgah rumah aku. Sebabnya amat jarang dan nipis orang nak hantar surat ke aku. Kesian kan? Tapi mengecheck peti surat ketika balik kerja adalah rutin walaupun sudah diketahui isinya. Kosong!! ha..ha..ha. Paling hebatpun bil astro dan bil air yang disumbat. Selebihnya tahi cicak. Seringkali jugak adik bertanyakan, mengapa rumah kita tak der orang hantar surat. Sebabnya adik tak ader awek lagi.

Surat apa eh? Dari sampulnya tertera nama kakak dan abang dari Yayasan Terengganu. Hah aku dah tau. Ala... biasalah, yayasan mesti menghargai pencapaian cemerlang anak-anak UPSR, PMR, SPM dll.

Mekasih..mekasih. Harapnya anak bongsuku ini juga termotivasi ngan prestasi anang dan kakak. Syukur. 


Tuesday, 5 November 2013

Kayap Oh Kayap

Dua hari lepas, adik mengadu sakit bawah ketiak. Setelah aku cek tak ada apa2 pun. Lepas tu dia menangis apabila abahnya tersentuh ketika bergurau. Hai abah, bergurau dengan anak takkan kena masuk spital. Geram jugak. Setelah dicek sekali lagi barulah ternampak banyak butiran merah memanjang dari dada hingga ke belakang. Ya Allah, kenapa ni?... cemas jugaklah aku. Serta merta aku rasa bersalah kerana adik kata dia telah beritahu aku, tapi aku tak ambik kisah. Bila dik? masa umi tengah jemur kain. Arg... cuainya aku. Betapa aku langsung tak terperasankan apa yang dia kata. Sori sayang...

Malam tu jugak, kami bawa dia ke klinik. Doktor kata kena kayap. Sebenarnya walaupun sudah tua usiaku tapi aku tak pernah tengok penyakit kayap. Yang aku dengar, kalau kayap ular bertangkup... pesakit akan mati. Allahuallam. Sedih dan kasihan sangat pada dia. 

Nasib baik adik sangat mendengar kata dan mudah makan ubat. Hari ketiga sudah nampak kering... Alhamdulillah.

Salam Maal Hijrah 1435h

Tahun Baharu Islam datang lagi. Semoga aku jadi insan yang lebih baik.

                             Doa Awal Tahun