Tuesday, 30 April 2013

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Aku dapat mesej tentang kemalangan ni daripada en.kamal ketika aku baru sampai kat tempat kerja. Lantas aku minta izin boss untuk keluar kejap ke hospital. Alangkah pilu dan syahdu ketika aku dibawa ke bilik mayat. Tiga van jenazah sedang menanti....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kepada Ghazali, semoga cepat sembuh, bersabar dan reda hendaknya. Allah Maha Penyayang.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

TIMBALAN KPN UCAP TAKZIAH KEPADA MANGSA KEMALANGAN DI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 30 April - Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai polis yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Kampung Sungai Mali awal pagi ini.

"Saya ucap takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar dengan apa yang telah berlaku," katanya ketika melawat Superitendan Ghazali Daud, 49, dan empat anaknya yang cedera dalam kemalangan itu, di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Dalam kejadian itu isteri Ghazali, Haniza Abd Rahman, 40; serta dua lagi anaknya Ahmad Firdaus Izzudin, 11; dan Nur Aliah Adibah, 10, terkorban.

Empat anak Ghazali yang cedera ialah Nur Aliah Afifah, 7; Nur Aliah Atikah, 6; Aina Yusra, 3; dan Akilah Husnah, berusia tujuh bulan.

Jenazah ketiga beranak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Datuk di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi. - BERNAMA

Wednesday, 24 April 2013

Mas Murah, Emas Murah

Wow!! harga mas turun banyak. Harga emas mencecah harga terendah dalam tempoh dua tahun. Kat tempat aku RM145 segram bersamaan sangat dengan yang aku beli dua tahun lepas. Biar betul. So, apa lagi...

Maka sesungguhnya, diserulah kepada para peminat emas bar atau perhiasan, sila serbu kedai emas sekarang. Pastikan anda membawa gu secukupnya untuk ditukarkan kepada toke emas. Beli lah apa2 saja tak kira besar kecik. Ikutlah kemampuan. Tak rugi beli logam ni, sebabnya nilainya takkan susut sangat tak seperti duit.

Kalau tak silap aku, kalau zaman ini dapat membeli ayam dengan satu dirham, maka sampai bila2 pon kita boleh beli ayam dengan satu dirham, Tapi tak sama dengan duit. Kalau dulu, ayam RM5 seekor, kini dan RM15. Itulah bandingan kecil yang sesuai untuk orang seperti haku...

Dulu Pinjam, Kini Peminjam Tegar

Stahun dua tahun ni, ada dua tiga kengkawan yang sibuk cerita pasal saham. Masuk RM100k dapat 4 peratus sebulan. Amboi... saham apa tu terus untung, kalau masuk 20 haribulan terus dapat untung pada 1 hb. Waa...menarik bangat ni. Mungkin ada antara kawan2 yang masuk,  atau mungkin ada yang masuk senyap2 yang aku tak tau. 

Kaya lah patutnya dia sekarang, tapi aku tengok duk status yang sama gaks. Malah jadi pehutang tegar bank2 yang buat personal loan. Barang kemas masih lagi tersimpan di arrahnu. entahlah... mungkin dia malas nak tunjuk mewah kot padahal duit dah ketat bank. Wah..wah arivah.

Masa berlalu, saham dah tersangkut2, aku nampak raut risau pada wajahnya. Kesian jugak. Aku nasihatkan agar dia pasrah saja agar reda sikit tekanannya. 

Tahun ni, wujud pulak skim pesen baru. Insurans namanya. Pon, masih juga dia yang mencuba nasib, siap kenen2 aku lagi. Mintak mahaplah kawan, aku tak minat. Tu malas nak kalkulator pasal halal dan berkat lagi. Lagipun aku tak der duit banyaak tuh. RM10 adalah, boleh? Walau bagaimanapun, aku tanya2kan jugak soalan2 mudah. Nampaknya dia tak berapa tahu dan faham, tapi yang pasti dia yakin dapat untung. Aku yang tak minat ni pon ada gaks godeh2 dalam tenet cari maklumat.

Aku dapat tahu, ada peserta saham insurans ni yang dah syook tekan pedal alphard sekarang. Hambik kau, megah menyusur di jalan raya. Tak main dah kereta nasional ni... sekali lagi wah, wah arivah...maveles!! Jeles kah aku? he...

Walau apa pon, aku masih teguh pada pegangan ku. Tak perlah aku bayar kereta tak mewahku dengan duit gaji kecilku. Insya-Allah cukup. Yang penting hati tenang, keluarga sihat dan anak2 okay... Alhamdulillah.

Tuesday, 16 April 2013

Tak Selera




Sudahlah roti canai ada macam2 cerita. Versi taik ayamlah, versi bau taik oranglah. Kini timbul idea baharu.... macam mana? Tak selera ah...



Tuesday, 9 April 2013

Kena Minum Susu Lagilah

Oh tolonglah, walaupun sudah dewasa dan tua serta terasa gagah perkasa tapi tolonglah minum susu lagi kita. Namun tak perlulah berebut dengan anak cucu sebab tak sesuai. Sila minum susu untuk kuatkan tulang. Susu anlene ke. Kepada yang tua, sila tambah perisa kepada yang gold punya. He.. almaklumlah kilauan emas. Hua...

Beberapa hari lepas, ada teman yang patah tangan kerana terjatuh manja. Kalau lihat dari aspek kejatuhannya, tidaklah serius. Akibatnya, kena spital lah nak bubuh besi. Seksa weh nak handle banyak benda. Justeru, timbul kesedarannya dan rumusan... aku dan geng2 seangkatan perlu minum susu tepung untuk tambah kalsium untuk kurangkan risiko tulang rapuh. Kepada yang tak suka susu tepung, bolehlah ambik yogurt calsiyum kot.

Yeah...misi aku: Adik, umi nak MINUM SUSUU....

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Bubar, Salam PRU 13

Hari ni DS Najib umum pembubaran Parlimen, diikuti beberapa negeri. HAi tak sabar nak mengundi. Aku masih teruja dan berdebar setiap kali nak buang undi, padahal dan sekian kali. Almaklumlah lima tahun sekali weh... 

Aku ada pengalaman jadi kerani undi untuk tiga kali. Pernah juga mengundi pos.Anda mengundi tak? sila semak tempat mengundi kat laman web SPR.

Saya pilih mengundi! suka tengok Tun Mahathir yang malu2 dalam iklan mengundi.


Tahniah kepada Anak Buah, Keluarga dan Guru-gurunya

Semalam kerajaan negeri buat Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pelajar SPM dan STPM 2012. Hari ni keluar surat khabar nama2 dan gambar2 pelajar cemerlang. Aku kenal salah seorangnya. Memang adik beradiknya cemerlang dalam pelajaran dan feel perangai. Tahniah kepada ibu bapanya.

stpm
Isnin, 18 Mac 2013 - Hari yang dinantikan oleh semua calon STPM 2012 telah tiba. Pada hari ini serentak seluruh Malaysia telah diumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012. Alhamdulillah SMKADG telah mencapai keputusan yang agak baik pada tahun ini di mana daripada seluruh sekolah di Terengganu SMKADG menduduki tempat KETIGA dengan NGPK sebanyak 2.85. Terdapat tiga orang pelajar telah mendapat CGPA 4.0 iaitu Muhammad Syeikhul Ikram Mohd Zali, Muhd Usamah bin Mohd Kamaruddin, dan Siti Aisyah bt Ismail. 40 pelajar telah berjaya memperoleh keputusan 5 Principal


Tahniah diucapkan!


sumber:

http://smkadg.bpi.edu.my/portal/