Tuesday, 26 February 2013

Pabila Tayar Pecah Menempek

Kalau sudah gemuk, tolonglah jangan pakai baju ketat. Bukan lagi dipanggil spare tyre sebab aku tengok spare tyre kereta kembara, elok saja terletak kat belakang. Cuba bayangkan, kalau tayar sper tu tidak lagi bergayut kat belakang kembara, adakah masih cantik dilihat? Tapi lelemak tepu kat bodi wanita ni dah jadi tayar buruk pecah! menggeleber menembak-nembak dari dalam baju... ee..maluuu.

Heyy...sedap mulut aku mengata-ngata orang.
Bukan sengaja nak mengata tapi rasa tak sanggup tengok. Kalau nak pakai jugak, cari2lah petua cara nak kuruskan badan atau makan ubat kurus ke.... Tapikan, aku rasa lebih elok kalau tak payah pakai baju2 sendat-sendat gitu lebih-lebih lagi kepada yang dah masuk senja kala tuu.

Aku tabik spring sambil angkat kaki sebelah kepada mak cik-mak cik yang masih menten slim melim walau pon sudah beransur senja. Makluman, aku tidak termasuk kategori ini sebab selulit serta lelemak majerin, minyak dan sebagainya banyak menempek kat badan.

Sori...

Siapa Punya Kereta Ni??

Grr geram betullah aku.
Pagi tadi aku pergi berkursus. Punyalah susah nak parking kereta... akhirnya jumpa kereta yang aku kena tuannya, makanya aku letak kete di belakangnya. Yalah, senang nak bagitau tuannya bahawa itu keretaku!.

Alih2 tengok ada sebuah lagi kete parking kat belakang aku. Alaah, biasalah paking lapis2 sebab tempat sempitkan. Yang bikin aku geram, masa balik punyalah berlelama aku tunggu dalam kete sebab hujan lebat selebat2nya, tuan kereta tak muncul2. Aik.. takkan orang tu tak balik. Tak ader anak bini kah? Geramnya aku sampai nak menangis, sudahlah adik kat sekolah belum berambil... tadi jaga tepon kata adik dok main hujan. Hah.. lagilah impak maksima darahku!! Rasa nak tekan hon kuat-kuat.. tapi takut orang kata orang gila mana meroyan kat sini eh.

Adalah setengah jam kemudian ( tapi aku rasa bagai berkurun lamanya..) datanglah tuannya cepat2 mengalihkan keretanya. Rasa kasihan pulak, nak maki pon ada sebenarnya. Tapi sabarkan lebih baik. Hmm...mulia jugak hatiku kan? he.

Teringatlah kisah, ada seorang teman aku ini yang mengalamai nasib yang hampir sama. Bezanya kereta yang lapis ketiga tu krete dia. Punyalah bersembang sampai lupa krete memblok kereta orang. Pabila teringat, maka bergegas2 lah teman ini ke keretanya. Argg... lega.., kereta lapis tengah dah dapat keluar rupanya. Tapi yang tak bestnya, depa letak plastik sampah atas keretanya. he..padan muka pon.

So, kepada saper2 yang parking kereta kat belakang kenderaan orang hendaklah kamu beringat2 supaya tiada yang sakit hati. Kalau nasib baik, ada yang buat ukiran percuma sebagai  tanda kenangan kat bodi keretamu. Mau??


Monday, 25 February 2013

Rayau2 Kat Pangkalan Kubor

Hari ni nak ke mana boss? tanyaku. Bukannya ada semangat sangat nak berjalan2, tapi sajer ringankan mulut tanya Miste Kamal. Gi Pangkalan Kubor ah. Ala... malas lah pulak memandangkan hari dah dekat pukul 11.00 pagi. Tapi sudah dia beria-ia, maka bersiaplah aku dan adik.

Perjalanan lebih kurang tiga jam dalam 300 km kalau ikut GPS. Oh ye, ni kali pertama aku ke sana. Dalam perjalanan, alamaks!!! lupa pula nak bawa Cik Canon aku, tertinggal atas meja. Makanya tak dapatlah aku buat dokumentasi yang lengkap. Alaa...

Setelah pusing2..pusing, maka sampailah aku ke sana. Eh...kecik saja tempat bebas cukai ni. Banyak barang pinggan mangkuk import dijual, harganya tak pulak aku servey... tapi mestilah murah benor sebab bebas cukai kan. Aku melilau2 cari tudung chifon yang ada lapis-lapis macam aiskrim tu. Amboi... harga kat sini lebih mahal daripada tempat aku. Akhirnya belilah jugak selai buat kenangan. Saiz besar sikit tak der, maka aku hambiklah yang saiz kemetot. 

Yang ni berapa? Oh yang tu RM130.
Tudung Fareeda ke? tanyaku tak berapa puas hati.
Ya... macam Fareeda, tapi tak asli lah. Pulak! tak asli tapi mahal macam yang asli.

Kira2 sejam lebih, we ollz pun baliklah.

Dalam perjalanan tu singgah kat pasar malam kat kampung apa ya. Tapi sebelum sampai pekan Pasir Puteh. Macam biasa, misi aku cari tudung dan ternyata, harganya jauuuhhh lebih murah dari Pangkalan Kubor tuh. Lagi satu yang best, pasar malam ni ada jual sate daging yang besttt sangat. Lain kali nak datang lagi kat sini. 

Untuk ingatan aku, hari Jumaat... kalau nak beli akar pokok buat landskap pukul 7.00 malam baru peniaga buka gerai.




Friday, 15 February 2013

Sukarnya Ikhlaskan Diri


Baru-baru ni kan, moyang anak2 meninggal, Allah swt permudahkah pemergiannya dalam tidur tanpa disedari sesiapa sehingga Subuh Al-Fatihah untuk tok... Kami semua sayangkan tok. Makanya aku sekeluarga cepat2 ke rumah tok. 

Masa aku sampai, orang tak berapa ramai lagi. Aku juga menyibukkan diri dengan membantu urusan memandikan jenazah walau pun tanpa ilmu. Melihatkan tok yang tidur panjang itu, air mataku tak henti2. Begitu jugak, aku sempat mencium wajah tidur itu untuk kali terakhir. Selamat sejahteralah tok di sana menemui Maha Pencipta.

Biasanya di sini, pabila ada kematian, orang akan letakkan bekas khas untuk orang yang menziarah menyumbang sedikit sebanyak membantu keluarga si mati. Ada yang letak 2,5 dan 10. Yang banyaknya 5. Pemberi sebenarnya tak perlu susah2 hati sebab tak ada seorang pun yang memerhati berapa yang diberi. Malah, tak beri pun tak mengapa. Lainlah, kalau majlis kenduri kahwin, tuan rumah memang mengharap salam keramat untuk top up kos kenduri. Cumanya, ramai yang bubuh seikhlasnya nak tumpang pahala sebabnya duit2 tu diguna untuk majlis kenduri tahlil untuk arwah dan semua muslimin muslimat yang telah tiada

Tiba2 ada seorang makcik ni... dia tak bubuh duit dalam bekas walaupon bekas tu ada depannya, terus datang jumpa tuan rumah. Dia hulurkan not 50. Hmmm. Apa yang menarik perhatian aku ialah cara dia menghulur. Duit dilurut melentik agar ramai yang nampak jumelahnya. Alahai mak cik... 

Aku rasa sedih dan kasihan sangat pada orang tua itu. Bukannya sedih kerana aku tidak mampu, tapi sedih dan malu dengan umur dan imej penampilannya. 

Kata Herman Tino dalam lagunya,
derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi......
Sematkanlah keikhlasan.




Hari-hari Yang Tidak Sempat Dinikmati

Lama tak kemas kini coretanku. Masa agak padat pada tahun ini. Banyak peristiwa pahit manis memulakan tahun baharu. Kematian ipar di Kelantan serta kematian moyang bebudak ni. Manisnya pulak uruskan kakak masuk sekolah asrama sebagaimana impiannya, ironinya bukan impianku.... he. Kat rumah tinggal kami bertiga aje macam mula2 kahwin dan dapat anak sorang dahulu kala. Begitulah cepatnya masa berlalu. 

Kat tempat kerja pulak, ada bebudak praktikal dua orang. Aku ditugaskan membimbing mereka walaupun aku sendiripun tidak berapa terbimbing. Ha..ha. Tak per lah, aku buat apa yang termampu. So, aku yang biasanya relaks2 saja, kini rasa sendatlah pulak. 

Terbaharu, sepasukan pemantau akan datang menyerang ke tempat aku. Hah??... Makanya, ramai yang tidak berapa ikhlas nak balik  rumah. Malahannya, cuti tahun baharu cina dan hari Jumaat Sabtu terasa hadir tanpa diperlukan. Terasa tidak rela untuk bercuti. Balik kerja lewat sebenarnya rutin bagiku, tapi kalau lewaaaat sangat tu tidak pernah. Tapi itulah yang banyak orang sedang lalui. Sedar2 hari dah nak bertukar nama. Arg... tekanan. 

Tapi kan bagus jugak ada orang datang pantau, tetiba aku lebih kenal apa itu pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi. he... Rasanya kalau aku nak ambik upah mereka cipta semua tu, sambil tutup mata aje...tau-tau beres. hurg..