Dah lama aku tak menulis. Setiap kali buka tenet, mesti ada sesuatu yang nak ku abadikan. Tapi tak menjadi pulak. Kali ni, aku nak leterkan tentang hajat2 aku nak belajar itu dan ini.
Sebenarnya banyak perkara yang aku nak pelajari dalam hidup ini. Antaranya aku berhajat nak belajar menjahit. Aku dah dapatkan tukang jahit favourite untuk ajarkan aku. Jenuh jugaklah aku memujuk.... tapi sampai sekarang, aku masih tak belajar2 lagi. Dan hajat itu aku renew setiap kali aku berjumpa dia. Dia cuma tersenyum ajer.... mesti dia tuduh aku tak serius. arggg... sebenarnya aku serius tapi masa tak mengizinkan lagi. Sabar yer 'guru'ku...
korang jangan pandang sebelah mata... sepuluh dahulu aku pernah belajar menyulam baju. Siap ambik upah lagi. Semua hobi tuh aku aktifkan lebih kurang setahun jugak lah, lepas tuh... aku naik jemu sesangat. Pabila dah berhenti, sehingga sekarang aku tak sentuh2 mesin sulam itu lagi. Hajatnya, apabila pencen nanti, aku nak continue... he.. boleh ker..? kekadang rasa bersalah pulaks pada mesin ajaib itu.... mesti ia sangat merindui sentuhan kreatif aku.
Tamat kisah menjahit dan menyulam...
Tiba2 aku terbuka hati nak belajar berenang pulaks. Kes ini terjadi apabila aku temankan anak2 bermain air di kolam. he... dah tua baru gian nak main air. Akhirnya aku daftarkan aku dan kakak untuk mengikuti kelas renang dengan Kak Mar.
Sebenarnya, di sebalik nak lepaskan gian aku, aku juga nak lengkapkan anak daraku itu dengan pelbagai kemahiran kecuali kelas taek kwon do yang terpaksa kehentikan agar tidak mengganggu persekolahannya. Ini memandangkan tahun ni akak akan ambik upsr. So, kena fokuslah kan??.... nanti sekolah menengah boleh sambung lagi.